Saturday

Rasa Kebas di Betis atas?

Assalamualaikum
Selamat pagi semua readers yang saya rindu dan blog saya yang sederhana ini.
Rupa paras perkara ke 2. Nanti bila banyak masa... saya hiaskan blog ni supaya lebih smart.

Jumaat lepas saya jadi kebas di bahagian betis atas... area tulang kering tu. Takut... ingatkan disebabkan tekanan darah rendah saya tu. Saya memang tak perasan yang bahagian tu kebas. Yang perasannya bila anak terpijak area tu dan berasa kebas.

Time tu mula lah rasa takut. Kenapa ni? Ha....sudah... nak ke klinik dah petang jumaat mana klinik buka.
So kena tunggu esok. Sementara waktu, saya letak minyak saja la. Tak Urut... jangan pandai.pandai urut. Nanti lain jadinya. Saya google pun tak jumpa masalah mcm saya ni.

Semalam sabtu, saya ke Klinik Dr Wan Zohdi. Mmg berpengalaman Dr ni. Lama sudah jadi Doktor. Jadi simptomnya pun dia tahu and punca nya.

Dia check kaki saya, and akhirnya... dapat detect yang urat kaki saya tertindih. Alhamdullilah...
Senangnya saya letak perbualan saya dengan Dr ni:

Dr  : cakap jangan risau.  ada angkat benda berat tak?

Saya : ada...angkat anak-anak ni..

Dr : tak pa la ni jgn angkat anak. Saya bagi makan ubat. Kita bagi urat tu keluar balik. dan ubat kebas.

Saya : ok. Ingatkan sebab darah rendah...darah tak sampai kaki ka...alhamdullilah

Dr : Disebabkan kita angkat benda berat, urat boleh terlari. dan tertindih salah satu.
Sambil dia ketuk2 lutut and check tulang belakang.
( Hmmmm malu.....dr lelaki lah.... saya malu kalo dr lelaki. )

Saya : Ok. Dr. terima kasih... ( eee malu...) Saya mmg tahu Dr ni sangat berpengalaman. sejak mak saya lagi kami dok check up di sana. Kira dari saya umur baby...hampir 27 tahun.

Selesailah checkup. Balik rumah makan ubat 2 jenis ubat. Ubat tegang urat (utk keluarkan urat) dan ubat kebas. saya makan baru sekali. Tapi powernya dah terasa pagi ni. Urat tegang....erk... tak sakit tapi...tegang. Rasa seluruh badan tegang.

Sungguh tak selesa. Makin lama makin tegang. Ini yang doktor tu ckp nak bg dia tidak bertindih.

Kaki masih kebas.... bila nak lega ni...

Doa banyak2... semoga kaki ni sihat balik.




Thursday

Beauty Skin Essence a.k.a BE

Assalamualaikum wrt and hi to all
Sangat rindu semua. dan sangat sangat rindu untuk menulis blog.

Apa saya buat sekarang adalah jual Beauty Skin Essence atau nama glamournya BE. Ya...keluaran SNE. Ya.... yang Adira pakai tu.
Mulanya saya nak selesaikan masalah kulit kasar sebab bekas jerawat dan hormon tidak betul. Banyak hormon lelaki. Itu yang buat kulit saya kasar. Hehe...
Pengalaman saya, ya. Saya vote untuk BE. Memang bagus. Then saya sedia untuk jadi stokis negeri kedah. Mereka cakap boleh buat income. Mulanya memang tidak percaya. Tak reti dan tidak tahu pun macam mana. Tambah pula saya takut rugi.
Disebabkan saya nak guna BE dengan konsisten, saya niat utama nak dapat harga ahli. Kemudian ianya berkembang apabila ramai sedara mara and kawan-kawan start try.
Sangat bagus. Jadi, saya terpaksa tambah stok dan kena jadi stokis. Best lah...
Dapat cantik 1, bonus lagi... duit lagi...
Sangat bagus.

hanya 2 produk yang saya gila jual and pakai BE dan SNE Capsule. Ini memang miracle untuk buang toksin. Saya cuba dah. Berkesan. Apa tunggu lagi... book now.
Just SMS me Siti 012-497 0724 tunggu apa lagi jom beli dan rasai keyakinan diri yang cantik.

oooo.... ada hal nak buat sekarang. Walaupun saya nak story banyak lagi. Insyaallah saya update dan curi masa untuk kamu semua. I love u all and selamat petang. See you later.

Monday

Alhamdullilah...
Sudah rindu untuk menulis blog. Rupanya saya memang suka menulis.
Selamat sudah kembali ke Malaysia... pada 20/11/2012. Mengimbas kembali, dari Madinah ke Madinah Hujjah...semalam di sana. Kemudian petang ke Jeddah. 12.15 tengahari 20/11/2012 sampai di Bayan Lepas, Pulau Pinang, Malaysia.

Banyak saya ingin kongsikan bersama. Ajaib perjalanan hidup yang saya rasakan.
Perubahan yang ketara, hidup ku lebih tenang. Semoga ianya terus teang walaupun kerja ku beban ku banyak. Ianya mungkin kan? Saya berdoa supaya jiwa ini akan sentiasa tenang.

Untuk Perkongsian Perjalanan Hidup 44 hari di Mekah. Saya akan buat satu ruangan khas. Keep in Touch ya.

Friday

Penjagaan Muka : Cetaphil Pilihanku...

Assalamualaikum
Hi Readers! Salam Syawal. Saya dan suami ada lebih kurang 18 hari sahaja lagi untuk bersiap ke Mekah.
Insyaallah...ada suka dan ada duka. Segalanya ujian...
Sementara di sana nanti, saya terfikir untuk bawa Cetaphil ke sana. Bolehkah? Sebelum ini saya pernah baca tentang ada barangan yang dibuat khas untuk kegunaan jemaah haji. Acohol Free. Hmmmm Cetaphil? Nanti saya nak tanya Dr Hanan.

Apa yang saya nak kongsikan, saya dan Cataphil ini...Dr Venkat telah syorkan saya Cetaphil Oily Skin. Sebotol dalam RM55 fuh... memang mahal. Satu hari saya ke Farmasi, untuk beli Cetaphil yang berharga RM48. ingatkan sama rupanya salah beli lah... yang ini namanya Gentle Cleanser. Hmmmm salah beli! Botol besar pulak.
Jadi tak nak membazir, saya belasah juga. Ikut step yang diberikan. Ianya jenis wipe. tak perlu pakai air.
Seminggu pakai saya perasan kulit muka saya semakin cerah.
Minggu yang kedua...makin cerah... Hehehe tunggu ahad ni ada tak orang tegur muka saya ni? hehehe
Jerawat? Dah tak de pun. Maybe dah jemu naik kat muka saya kot.
Yang best tu...kulit muka saya ni warnanya kuning langsat cerah. Jadi, selalu terkena panas akan terbakar.
Dulu kecik2 memang putih melepak. Sejak pakai Cetaphil ni, husband ada tegur, muka makin putih.
Hehehe...suka.
Improvement... Cuma parut jerawat nampak merah2... nanti hilanglah tu...

Parenting : Sikecil walaupun baru berumur 3 tahun mereka punyai ingatan yang kuat

Assalamualaikum
Hi readers, saya rasa sedikit perasaan yang tak seronok rasanya.
Seolah-olah rasa seperti sedih. Tetapi seperti tak mengapa.Lebih kurang macam ni... Sedih + Tak mengapa = my feeling
Ceritanya begini, kami sekeluarga ke Jakel untuk mencari kain SP Line. Actually I always go for Jakel. Semua baju kami anak beranak kainnya dari Jakel.
Cuma hari ni, saya rasa as a customer rasanya dilayan seperti apa ntah.. ya? Petang tadi hujan, dalam jam 6.50 petang kami ke Jakel sekejap untuk singgah beli kain untuk buat Baju Melayu dan Jubah. Banyak juga di belinya, Serentak masuk ke Jakel tu anak saya, Si Aisyah meluru ke bahagian karpet. Suami pun ikut, Aisyah buang kasut dan melompat2 di atas karpet yang di jual. Oh.... Aisyah!!!
Saya, nak cepat pilih kain dan balik sebab hampir magrib. Saya perasan taukeh Jakel Alor Setar tu merenung Aisyah. Memang nampak muka naik marah. Saya perasan... dan saya cepat2 ke arah Aisyah. Oh .... saya tak mahu emosi anak saya terjejas... sebab anak sebesar ini tidak tahu dan tidak faham apa yang mereka buat.
Sebelum ianya menjadi ingatan dalam minda anak, saya segera tegur Aisyah supaya turun, dan terangkan kenapa tak boleh.
Namun dalam hati saya, sebagai ibu... terasa dengan tindakan Taukeh tu. Apapun, saya positifkan minda. Biarlah, adat taukeh berniaga macam tu lah.... Saya ingat lagi dia pernah ke pejabat saya untuk minta saya serahkan proposal perniagaannya untuk organisasi kami. saya masih ingat dia datang bersama isterinya.
Ini yang lama saya perhatikan, susah untuk mencari hati terkenang budi.Bukan meminta dikenang, walaupun tidak berharta, manusia tetap manusia. Jangan dihina, jangan diherdik,
Harapan saya, segalanya tunai... Insyaallah.... Hmmmm adat kehidupan!
Waallahua'lam
Sekian, terima kasih.

Thursday

Tentang saya?

Assalamualaikum
Saya perasan ramai yang pertama kali berjumpa saya, pasti akan riak mukanya pelik...hairan.Jangan pelik...jangan hairan, saya sederhana saja, sama macam kamu juga...saya sederhana, beli barang-barang murah saja.
Saya perasan...riak wajah kamu...tiada yang pelik pun....

Sebenarnya dalam jiwa saya ada ini...:
- saya akan pakai purdah, cuma masa belum tahu bila. tetapi akan pakai.
- saya suka doa...sebab saya selalu dalam kesusahan...
- saya suka hias, kemas rumah
- saya suka masak, tempat paling best untuk saya lepak rumah
- saya suka kanak-kanak
- saya suka ke arah islamik
- saya suka sederhana
- saya suka bantu orang
- saya suka berkawan
- saya tak pandai bersembang baru-baru ini
- saya sedikit slow, tak tahu kenapa
- saya tidak banyak cakap semenjak 2 menjak ini
- saya tidak suka cerita merapu
- saya suka diam, bila tanya saya akan jawab.
- saya tak sombong, cuma tak banyak cakap
- saya tak suka kacau orang

saya hanya fikir untuk sempurnakan kematian saya. setiap hari saya fikir cukupkah bila saya mati nanti?
saya buat apa pun untuk saya mati nanti. Kerana waktu mati saya tiada tetap. Mungkin sekejap lagi.
Hanya Allah yang tahu. Jadi matlamat utama saya, pastikan mati dengan kalimah allah. syurga dan neraka belum tentu kerana hanya allah yang maha berkuasa. Sepastinya saya memilih syurga, namun...layakkah saya ke syurga... itulah yang saya mencari, memastikan ianya sentiasa bersedia...

Akhirnya... Maka tercapailah hajatku untuk Mengerjakan Haji pada 1433H

Alhamdullilah...
Subhanallah...
Sesungguhnya tiada kata-kata nak diucap. Kerana Allah telah mudahkan jalan ku untuk mengerjakan Haji.
Walaupun aku rasa ada seorang 2 yang mengeluarkan kata-kata yang melemahkan semangat. Memang tak sedap dengar... kenapa la cakap macam tu... kan baik kalau doakan yang terbaik untuk kami, bukan kena bayar pun...

Sememangnya banyak dugaan untuk kami suami isteri pergi bersama.
Selagi kasih sayang antara kami ikhlas, segala teguran untuk kebaikan bersama, bersabar dengan kekurangan masing-masing... segalanya mudah dilalui. Kekuatannya hubungan ikhlas antara saya dan suami sememangnya kerana mencari Allah. Kerana ku tahu siapa diriku. Jadi perlu bagi ku seseorang pembimbing ke jalan mu Ya Allah.

Apa pun hari ini adalah hari yang bermakna. Hari ini saya ke tabung haji untuk serahkan maklum balas surat tawaran haji. Alhamdullilah... Allah masih membuka ruang untuk saya untuk menunaikan haji pada usia 27 tahun. Alhamdullilah satu lagi doa hajat ku termakbul. Alhamdullilah. Alhamdulillah.

Berkat taat pada suami allah mudahkan perjalananku. Sungguh, untuk taat pada suami adalah sukar bagi ku yang berdikari ini. Segalanya suka dibuat sendiri. Bila bersuami, semuanya kena dimaklumkan...rupanya. Bunyinya macam mudahkan? Owh... tetapi realitinya, sesuatu yang renyah. Namun akuilah... ianya satu tanggungjawab si isteri yang mencari ketaatan dan kelapangan hati suami.
Suami saya selalu berpesan, nak ke mana-mana kena maklumkan.
nak buat apa-apa kena bagi tahu.
Isteri ni tanggung jawab suami.
Owh... terima kasih abang, susahkan nak didik saya?
Terima kasih, kerana telah memberi ilmu kepada saya dan menyayangi saya.

Mulanya saya nak biarkan saja suami kerjakan haji tahun ini, seorang diri...kerana saya fikir saya masih kurang ilmu untuk kerjakan haji. Namun, saya masih bertuah, apa yang berlaku ada hikmahnya. Dimana surat tawaran haji suami telah terlepas tarikh... sedangkan kami menunggu dari hujung tahun lepas, ramai yang minta kami menghubungi Tabung Haji untuk tanyakan hal ini. Tetapi dalam hati kami , biarlah... nanti sampai lah tu...sebab tahunnya tahun ini...
Tunggu punya tunggu...tak sampai2, rupanya surat telah terlepas, tak sampai rumah. sebab alamat kampung, tak ada nombor rumah. Sebelum ni sampai saja...surat bank pun sampai... hmmm itu yang kata nak jadi cerita tu...kepada posmen, kami langsung tak marah. Cuma pelik...aish...surat ni pulak tak sampai...
Rupanya dia nak bagi saya pergi haji sama....
Bila suami ke Tabung Haji, staf Tabung Haji minta suami buat rayuan bersama isteri... seronok bukan kepalang...
saya pun boleh pergi? atas tiket mahram nya suami...Terima kasih tabung haji kerana memudahkan urusan bakal haji. Kalau pergi asing-asing, pada masa depan... mungkin mampu dan mungkin tak mampu...mungkin mampu duit, tapi tak mampu kesihatan... mungkin mampu kesihatan tapi tak mampu masa...mungkin mampu masa tapi tak mampu duit....
Jadi sebelum tak mampu, saya pilih untuk nanti pergi bersama suami. sesungguhnya dugaan sangat berat.
Dugaan diri yang mencabar.
Insyaallah ... yang ada hanya ada tuhan.

Nantikan bila akan kami berlepas... meninggalkan sementara anak-anak kecil yang comel dan bijaksana. Aisyah dan Maryam. Suami telah diletakkan dalam KT6 , difahamkan KT6 telah penuh, jadi mungkin suami akan disusun semula bersama saya mahramnya.... alhamdullilah...yang tak paham nya...kenapa ada 2 orang statusnya rapat dengan saya yang sungguh cakapnya tak sedap. Katanya, kalau pergi asing-asing jangan pergi... saya cuma tercengang...selalunya orang akan cakap , bagitau tabung haji, nnt depa susun balik flight. Ya Rabbi.... ni yang dikatakan cakap tak dak ilmu. Doakanlah kebaikan untuk orang mengerjakan haji. Jangan patahkan semangatnya. Bukan senang nak pi buat haji...Ya Rabbi... ilmu tu tanda hati celik.



Saturday

Hari Kerja yang baru...Yeay!!!

Hari ni semua staf memang tak mengganggu kerja dan masa saya. Owh...janganlah pikir saya ni sombong. Saya kerjanya sebagai officer hal ehwal pelajar, jadi masa kerjanya amat berharga.

Saya seronok hari ini kerana tiada kecurian masa saya berlaku. Semua nya kerja hari ini dan diselesaikan hari ini.

Terima kasih semua...

Ramadhan Akram... Ramadhan Dimuliakan

Hari ini sungguh sibuk... tak sangka pulak sofa dihantar hari ini. Mujur ada di rumah. Cantik ke tidak entah. Tapi sofa ini di beli mengikut kesesuaian keluarga ku, rumah yang kami duduk sekarang ni sederhana besar. Jadi saya pilih L-Shape sederhana size tak besar tak kecil. Seronok nya budak2 tu ada sofa boleh pusing2...Abang pulak macam tak heppi bila cakap nak letak kat ruang tamu...katanya nampak sempit nnt, kebetulan tadi Mat datang rumah tolong pasangkan kipas untuk bilik Kakak, nak solat jemaah tak muat, jadi nampaknya akan ke ruang dalam lah nampak nya.... ok saja... cuma saya bimbang kotor oleh anak2 pintar ku. Sebab sofa ni mmg sengaja pilih jenis fabrik, nampak relax untuk rumah, nak beli sofa ni pun dekat 2 tahun survey...hahaha cerewet ke? tak lah...memang perangai saya, kalau nak beli baik puas hati....cukup syarat yang saya letakkan. hehehe....saya sanggup je tak beli selagi tidak memenuhi syarat...macam kabinet dapur.

Kabinet dapur ni pun boleh tahan masa untuk survey.... Akhirnya jumpa, dan memang jatuh cinta, syarat untuk kabinet dapur ni bergaya, simple, moden, kemas, nampak lapang,tahan lasak (sebab saya suka memasak), boleh pindah2kan dan  harga sederhana. Insya allah akan siap dipasang tidak lama lagi...hehehe gembiranya dalam hati....sebab memang impian hati nak rumah yang kemas...nanti saya upload gambar hehehe....
Satu lagi perangai saya, tak suka membeli barang secara hutang. Mujurlah sekarang ni mudah...kita boleh deal dengan kedai bayar 4 x ke berapa ke... selagi tak habis dia tak hantar lah...alhamdullilah...saya kuat juga semangat untuk berjimat dan kesannya sofa l shape sampai rumah. hehehe terpaksalah buat macam tu sebab baru mula hidup, pastu nak beli barang yang tahan lama, mestilah mahal...bila mahal kena himpun dulu duit bagi cukup....

Alhamdullilah tahun ini sungguh menguntungkan. alhamdullilah.... benar cakap abang, sabar...insya allah yakin...rezeki akan datang...sungguh...

Tahu sebab apa... saya dan abang mulakan hidup dari bawah. Pernah kami tidak cukup wang untuk beli ubat anak. Saya baru mula kerja, gaji kecil lagi. Abang pula gaji lagi kecil. Anak kena hantar nursery, susu, pampes, rumah sewa, minyak kereta, dan lain2 bil. Memang ketat dada. Tapi kami berdua, tetap cekal dan catu belanja untuk hidup. Berjaya..... walaupun duit tidak cukup kami tidak pernah minta duit pada mak ayah. Walaupun abang anak lelaki bongsu, memang anak emak saya larang dia minta tolong ayah. hehehe bukan sombong. Sahaja untuk kami lebih cekal membina keluarga. Masa tu nak buat akikah anak pun tak cukup duit, jadi terpaksalah tunda sehingga berusia 1 1/2 tahun...kemudian kami menerima berita yang tak disangka....kandungan ke2...hahaha masa tu nak percaya ke tak percaya memang kena percaya...

Alhamdullilah, kini kami sekeluarga masih mampu hidup sederhana, kongsi kegembiraan bersama org lain... masih mampu hadiahkan org, sudah mampu makan daging,kalau dulu tak berani beli...mahal ooo. Sekarang ni boleh lah anak2 rasa makan sup daging. Kesian kan dulu....tak dak lah sangat, ada lagi yang lagi kesian....saya ni kira beruntung banyak ni... itu semua pembakar semangat untuk terus berdikari menyara anak-anak.

Ada banyak lagi cerita yang mungkin pada anda menyedihkan...tapi pada saya itu pengajaran, pengalaman, asam garam kehidupan. Untuk saya membesarkan anak-anak yang sungguh bertuah. Mama sayang kamu sangat sangat. Abang...sama juga mama sayang ayah sungguh2. Tahu kan banyak mana?

Dulu saya dipandang selekeh, pandang miskin sebab saya ni memang miskin. Namun saya tidak salahkan mereka...cuma ianya masih tersemat dijiwa untuk saya cekal membina kejayaan demi kejayaan. Pernah saya dibandingkan dengan kakak ipar sebab saya langsung tidak memakai gelang emas. Mak mentua pernah pinjamkan gelang tangan nya untuk saya , alasannya malu menantu tak dak barang kemas, mak saja yang pakai banyak. Hmmm pedih juga hati masa tu, tapi saya redha dan positif, nak buat macam mana...memang  tak mampu nak pakai macam tu. Apalah manusia ni... saya ni kira miskin lah nak dibandingkan dengan ipar duai yang lain. Laki saya pun memang rezekinya tak semurah orang lain, tetapi hatinya penuh kasih sayang...setakat nak makan tu adalah...sekarang ni alhamdullilah, dah tambah sikit gaji sebab buat 2 koje. Terima kasih abang...sabar ya, nanti abang memang kena stop ler koje pagi tu, sebab projek kita dah nak berjaya. ...

Pasal mak...mak mesti terasa bila tahu saya sudah berjaya. Tetapi saya tak maklumkan padanya....
Bukan tak nak maklumkan, selama ini keluarga saya tidak pernah memberi sokongan membina pada kehidupan saya. Buat terakhir kalinya, mak tak setuju saya nikah dengan abang.  Saya pilih dia sebab ilmu agamanya, mampu membentuk saya. Pada nak, abang tiada masa depan. Pada saya ilmu jauh lebih bernilai dari masa depan. Saya berhajat dan akhirnya kami berjodoh. Alhamdullilah... dan sejak itulah saya semakin jauh dari keluarga sendiri. Saya telah positifkan semua yang negatif... kini saya tidak berasa sedih jika dianaktirikan oleh mak....jika mak tak call saya, saya tiada rasa apa-apa...memang mak tak pernah call pun, mak akan ingat bila ada hal saja, adik2 akan ingat bila nak duit saja, saya sibukkan diri membina kerjaya dan mengumpul aset. Saya positifkan semua perasaan negatif untuk keluarga saya. Kalau ingat alhamdullilah, kalau tak ingat nak buat macam mana.... jadi, perasaan saya seimbang, jika dulu saya semak, serabut sedih bila ada perkara berkenaan keluarga yang menyinggung perasaan saya. Lebih baik saya tidak pikir dan tumpukan pada hidup anak-anak saya. Kali ni raya, kalau tidak disambut pun tak mengapa....kami akan balik juga....layan tak layan ikut suka lah... anak-anak saya pun tak berapa rapat dengan keluarga saya. Dan ini salah satu sebab saya dipandang serong oleh keluarga abang. Hmmmm saya tidak kisah lah....yang penting saya makan, anak-anak saya tak makan guna duit mereka pun, saya dan abang susah pun bukan mereka tahu....Cayok!!! Sentiasa cekal dan bahagia.
Sekarang...
Saya sangat bersyukur sangat....sebab rezeki yang allah bagi. Walaupun bukan percuma, tetapi memang rezeki...
allah yang izinkan. Oleh itu, semakin kental azam ini untuk terus berkongsi dengan yang tidak mampu.
Insyaallah....

Ini hanya luahan hati untuk nyahkan perasaan negatif yang ada dalam minda ku.

Friday

Minda Positif vs Lawak Keterlaluan

Assalamualaikum dan hi semua...

Hari ini saya akan berkongsi mengenai satu cerita. Mungkin menjadi pengajaran kepada kita...

Saya ceritakan satu cerita benar yang saya lalui. Bukan rekaan. Tujuannya bukan untuk membuka pekung. Mungkin hari ini niatnya lebih kepada meluahkan sesuatu yang bersarat di minda. Sila Fokus kepada watak si SUDU...

Semalam, saya keciciran smartphone. Entah dimana saya letak. Langsung tak ingat sehingga lah saya keluar lunch and tolong hantarkan CAMCA (nama samaran kawan) ke suatu tempat bersama 1 lagi kawan, saya letak namanya GARPU. Kami bertiga semasa sedar smartphone tiada. Alamak.... gelabah jgn cakap lah. GARPU dan saya kecut perut mencarinya... waktu itu saya, CAMCA dan GARPU berada diluar pejabat, lunch.
Masih ada lagi satu kawan namanya SUDU. Kami meminta bantuannya untuk mencarinya di pejabat.... Katanya SUDU ...tak jumpa...
Bertambah kecut perut kami. Habih semua kawan-kawan saya membantu mencarinya. Kerana ia nya smartphone.
Si SUDU membantu saya mencarinya, di updatekan statusnya di FB menyatakan HP saya hilang...
Yang lain menggeledah kereta, pejabat dan tempat terakhir saya pergi.
MASIH TIDAK JUMPA.... masa ini kami cuba menelefon...alamak...HP dah mati..... Si SUDU juga menelefon dan juga tidak dapat.
Saya cuba call kawan-kawan yang lain. Dan..si SUDU juga bantu call...
Saya mempositifkan diri...saya mula meredhai kehilangannya. Saya menukar semua password yang perlu. Saya tidak menuduh sesiapa. Ada juga kawan-kawan lain yang hampir menuduh .... saya tegaskan...POSITIF THINKING.... jgn tuduh sesiapa...
Masa ini saya, CAMCA dan GARPU kelam punca... saya lagi gelap gelita.
Kemudian, kawan saya cadangkan saya mencari TIMUN untuk iktiar cara kampung. Cari benda hilang. Si TIMUN pun kecut perut, semangat nak bantu...Kami bersiap segera untuk pergi ke rumah tok long yang pandai mencari barang hilang.
Si CAMCA sedang bersiap dan membantu saya pikirkan transport untuk ke sana. kerana saya suda tidak boleh berfikir. Gelap Fikiran...
Dalam kalut-kalut bersiap...saya dengat suara TIMUN jauh-jauh "CAWAN, tak payah risau dah...jgn susah hati dah" sambil berlalu jauh.

Bila saya dah ready , dan saya cakap jom. Tetiba SUDU memanggil saya dan menunjukkan skrin pcnya...yang saya nampak masa itu hanya paparan FBnya.
dia tanya saya....tak nampak kah?
Apa? saya tanya
kemudian dia menuding jarinya ke HP saya....
Ya ALLAH!!! terkejutnya saya.... ayat yang keluar dari mulut saya ....Buleh buat mcm ni????
masa itu hanya saya bayangkan bagaimana dia berlakon menggeledah, belakon call hp...rupanya dia yang tutup hp saya. Niatnya untuk main-main ... atau kenakan saya....
Saya penat dan lepak ke bilik TIMUN. saya lihat TIMUN, GARPU juga penat dan terkejut.

Saya terus hebahkan kepada semua kawan2 yang lain, hp tu telah dijumpai...ada staf simpan dan pulangkan. Langsung tiada siapa tahu ianya gurauan... sebenarnya mmg tertinggal. tapi telah digurau.
Hasilnya, semua GARPU, TIMUN, CAMCA dan saya penat. dan akhirnya menjadi tragedi masam muka.

Si SUDU perasan yang sekelilingnya tidak mempercayainya...memang saya faham itu gurauan dia.
Caranya bergurau. Memang kasar...bagi yang tidak tahan.
Tetapi selepas kejadian itu...Si SUDU dan saya semakin masam muka.

Komen saya...
selepas kejadian itu, Sudu sepatutnya mohon maaf pada semua yang tidak kaitan...untuk mengembalikan kepercayaan. Dengan saya tak minta pun tak pa. tapi kalau yang negatif thinking...habis lah si SUDU ni...
kedua, kalau nak bergurau pun....eloklah komplot dengan satu dua kawan lain. Supaya ianya tidak serius dan menyusahkan ramai pihak.
Bila si SUDU berani bergurau kasar... kenapa bila yang lain bergurau kasar dengannya...dia marah.
Si SUDU ini org muda...pada saya matang...tapi kurang pengalaman hidup.
Bila org sekeliling tidak percayakan setiap kata nya...Si SUDU menjadi terasa. Dan berlakulah pergaduhan....
SUDU dan saya? Saya juga terguris... tapi saya padamkan gurisan hati kerana...SUDU adalah sahabat saya... saya telah menegurnya supaya cakap elok2 dengan saya...
sejak itu, SUDU diam...Nanti entahlah. Kalau SUDU nak pulihkan persahabatan ini...buat seperti biasa...seolah tiada apa berlaku...

hmmmm pengajaran kepada semua....awas gurauan anda!!!

Sunday

Terkejut : BFF dah nak pindah

Fuh... seperti yang ku jangkakan. Pertemuan antara aku dan BFF ku yang satu ini bakal berakhir. Insyaallah aku rela lepaskan dia pergi. Sudah lama aku bersedia untuk saat ini. Sedih? tidak... cuma rasa kehilangan. Penyeri hari ku. Lepas ni kemungkinan satu lagi BFF akan berpindah. Sayonara aku ucapkan. Aku tidak menghalang... pergilah. Untuk kebaikan dia. Aku akan hidup dengan cara aku. Seperti biasa mengadap komputer dan melayan kerenah manusia yang suka negatif.

Apa yang akan terjadi selepas ini tiada siapa tahu... Hanya Allah yang tahu.

Saturday

Penjagaan Kulit Berminyak : Pencuci Muka oh Pencuci Muka

Terasa nak tukar pencuci muka dari brand ini ke Eumora. Saya beli Cetaphil ni harga RM 55.00 dari Klinik Kulit. Sepanjang pakai ni Alhamdullilah. Tapi saya yang pernah pakai Eumora memang lebih sukakan Eumora. Sebab...Eumora just one step. Muka nampak macam pakai krim. Tak perlu pun foundation Elianto macam sekarang. Sesuailah dengan saya yang sukakan ringkas, cepat dan mudah. Cetaphil ini okay...kulit rasa lemabab semula jadi. Lepas tu saya letak toner and pelembab sikit (saya tak suka pelembab sebab rasa muka macam berminyak). Disebabkan doktor Venkat rekmen pakai untuk kulit cantik... kena rajin patuhi juga.
Harga Eumora yang pernah saya beli RM 80.00. Itu beli dari kedai SenSei. Saya cuci pagi selepas bangun tidur, petang and malam sebelum tidur. Sebenarnya kadang-kadang saya hanya cuci sekali-2 kali sehari. Kesannya... memang menakjubkan. Saya puas hati.

Masalahnya... Eumora kat Alor Setar susahlah nak jumpa. Maybe harganya yang mahal. Saya cuba nak jadi dealer Eumora belum dapat lagi keputusannya. Nantilah... mana tahu boleh jadi dealer. Boleh la jual sambil digunakan untuk sendiri.
Sebelum ini kulit muka saya kusam, berminyak, berparut. Hmmm malunya bila nak berdepan dengan orang. Akhirnya saya tekad ke Klinik Venkat, alhamdullilah...doktor bagi ubat makan 30 biji. Ubat tak habis makan dah nampak kesan. Lepas tu rekmen pula kat kawan...dahi dia berjerawat. Sekarang ni dia dah habis makan 30 biji alhamdullilah lega. Mahu tak lega... ubat tu accutane. Hmm takut juga bila dengar kesan sampingan ubat tu. Accutane digunakan untuk kes jerawat yang tegar.

Sekarang ni saya makan 2 kali sehari. Sebab nak maintain sahaja. Habis je stok ubat ni saya akan stop. Sebab lagi 2 tahun saya plan nak pregnant anak yang ke3. Yeay...
Accutane ni bahaya. Sebelum makan pil accutane ni saya tak tahu yang ramuan nya adalah accutane. Saya terbaca satu artikel berkenaan masalah kulit, pesakit tu ceritakan kronologi dia mencantikkan mukanya. Rupanya dia makan accutane. Siap letak gambar... pil tu. Itu yang saya tahu itu accutane.

Itulah ceritanya.... untuk pagi ini. ta ta ... miss you all readers.

Tuesday

Braces : Bermulalah kehidupan ku sebagai Si Pemakai Braces

22/05/2012
Hari masuk 2 minggu saya hidup dengan braces. Hari ini dan akan datang saya akan berkongsi cerita pengalaman saya bersama braces. Saya pilih braces yang white colour, jadi orang akan kurang nampak atau tidak perasan saya pakai braces. Lega...orang tak nampak. Sebab saya malu nanti bila nak bercakap dengan orang. First day pakai braces rasa macam nak tanggalkan semula...lenguhnya rasa. Mujur masa pakai tu pada weekend. Jadi 2 hari je lenguh. First time pi office pakai braces, semua kawan-kawan excited nak tengok macam mana rupa saya bila pakai braces.  Oh no... malunya saya... tapi disebabkan sporting ...layan je kerenah mereka.

Apa yang membuatkan saya bermasalah bila pakai braces? Saya rindukan nasi... sejak saya pakai braces, saya tidak berani makan nasi. Minggu pertama saya makan bubur nasi dan daging cincang halus. Sedap... Tapi masuk hari pertama minggu ke 2, saya muak nak makan bubur nasi lagi. Nak nasi macam biasa. Nafsu makan best la pulak... tambah berselera lepas makan Pil Seri Perawan. Jadi apa saya buat? Saya akan masak seperti biasa...lauk pauk apa yang family nak makan. Saya juga akan makan...tak boleh tahan. Jadi, apa saya buat? Saya akan gunakan blender kering untuk hancurkan makanan seperti daging, ayam, tomyam udang... sedapnya... Saya memang suka memasak.

Hari ini dan semalam saya dan husband puasa rejab. Alhamdullilah... saya berjaya lakukannya. Semoga Allah memberkati apabila saya kongsikan bersama anda di sini. Jadi, bulan ini tidak susahlah untuk saya menjaga braces ini.

Semalam ada seorang kawan datang untuk interview saya. Hahaha .... sebab saya pakai braces. Oooowh... Dia nak tanya banyak pasal braces untuk anaknya. Tetapi bila dia nak tanya, ada kawan yang lain... jadi dia cakap, tak pe lah... lain kali akak datang. Saya terus cakap, okay akak... pakai je lah. Kalau muda lagilah senang. Kita nantikan apa lagi yang dia nak tanya...hahaha

Owh...dalam jam 3 petang semalam. Saya rasa wire kat gigi geraham atas tu terkeluar. Betul lah... saya keluarkan lilin yang dibekalkan doktor then paste dekat tempat yang bermasalah tu. Pastu call the clinic untuk tolong saya betulkan wire tu. Maybe masa saya gosok gigi atau masa kunyah. Sebab saya tak puas telan makanan terus, saya kunyah juga. Hmmm....itulah...jadi weekend ni saya ke sana lagi. Harap-harap Doktor ketatkan sama. Cepat sikit gigi bergerak. Memang tak sabar tengok gigi taring tu masuk ke dalam. Lepas ni tak sakit dah ....dan paling penting senang nak diuruskan...
-------------------------------------------------------------------------------------------------

11/2/2014

Wah....lama dah KakLong pakai braces ni. Actually my age pun dah nak XX. Heeee
Nak dekat.... belum lagi. Hehehe korang ada test minda tak? Test ukur umur minda kita? Haa......... nanti Kaklong nak buat bacaan tentang mind age ni. (bagaimana dikatakan elok?) Nanti kaklong nak baca....

Hari ni 11/2/2014, sepatutnya...dah buka braces last year. bulan 12/2013. heeee....
biasalah kaklong ni.(Full Commitment) haa....
Tak pe, last mont dah check up, doctor cakap tak lama dah. Heeeeeee kak estimate dalam bulan 5/2014. Yahuuuuu.... nak tengok what happen.

Jeng..jeng...jeng...
--------------------------------------------------------------------------------------------------

2014

Dah buka braces. Alhamdulillah.... Muka dah jadi lain... Hehehe

I want to be Super Mummy : A....very the busy

Need to do alot of things...

Bulan Rejab : Alhamdullilah...

Semalam 1 Rejab... Alhamdullilah mama dah berjaya puasa. Insyaallah mama akan teruskan... kepada anak-anak kesayangan mama... semalam dah boleh tengok timmy kan? Tapi tulah... tengok sampai lewat malam. Tak boleh mcm tu... nanti mama nak kena fikirkan sesuatu... bagaimana nak trained anak mama jadi lebih bagus...

Hari ni mama lewat ke office. Gara-gara bangun lewat. Malam ni kita ( mama & anak-anak mama ) tidak boleh tengok kartun lagi. Malam khamis atau weekend saja kita tengok ya sayang...

Insyaallah mama kena bersabar dalam mendidik anak-anak mama. Sebabnya anak mama hanya ada 1 ibu dan 1 ayah. Dan...mama pulak hanya ada 1 anak nama Aisyah dan satu anak nama Maryam. Ayah dan Mama sangat sayangkan Aisyah dan Maryam. Itu sebab kadang-kadang Mama marah bila Aisyah tak nak dengar cakap. Mama cubit kan? Sakit kan? Sebab mama sayang anak mama ni...

Nanti Aisyah besar, Aisyah akan lebih faham kenapa mama cubit Aisyah.

Thursday

My New Blog...

Hi... this is my new blog. After years...i am addicted to blogging. Saya layan blog macam buku nota. My Blogging Style adalah seperti menulis buku nota, sharing everything about knowledge, tulisan saya mungkin akan dalam bahasa rojak, bahasa kampung, bahasa kedah, bahasa keyel, bahasa inggeris, campuran bahasa dan maybe kadang-kadang akan jadi formal. Selalunya ilmu agama ia akan jadi begitu...automatik. Saya akan menjaga tatabahasa supaya saya menjaga bahasa saya iaitu bahasa malaysia.

Saya seorang yang simple heart, sukakan ketenangan, sukakan komedi, sukakan pemandangan cantik, suka lihat kecantikan. Apa yang saya paling suka buat pada waktu lapang ... berkebun. I love gardening. Anak-anak saya pun suka. Tak payah risau kotorkan tangan, kaki...sebab saya guna lifebouy. Sebenarnya saya amat mementingkan proses percambahan dan pembesaran pemikiran anak-anak. Saya bimbangkan mereka pada zaman akan datang. Dugaannya amat mencabar. Insyaallah saya akan terus mengamati anak-anak, mendidik dan terus mendidik walaupun saya amat sibuk.

Saya sukakan banyak perkara ... asalkan kesannya adalah positif. I keep exercise my mind to be positive since years ago. Dan...alhamdullilah ianya bagus untuk hidup saya. Lebih tenang, lebih relax, dan lebih matang.

okay, got to go now... lunch time with family. Assalamualaikum.