Friday

Minda Positif vs Lawak Keterlaluan

Assalamualaikum dan hi semua...

Hari ini saya akan berkongsi mengenai satu cerita. Mungkin menjadi pengajaran kepada kita...

Saya ceritakan satu cerita benar yang saya lalui. Bukan rekaan. Tujuannya bukan untuk membuka pekung. Mungkin hari ini niatnya lebih kepada meluahkan sesuatu yang bersarat di minda. Sila Fokus kepada watak si SUDU...

Semalam, saya keciciran smartphone. Entah dimana saya letak. Langsung tak ingat sehingga lah saya keluar lunch and tolong hantarkan CAMCA (nama samaran kawan) ke suatu tempat bersama 1 lagi kawan, saya letak namanya GARPU. Kami bertiga semasa sedar smartphone tiada. Alamak.... gelabah jgn cakap lah. GARPU dan saya kecut perut mencarinya... waktu itu saya, CAMCA dan GARPU berada diluar pejabat, lunch.
Masih ada lagi satu kawan namanya SUDU. Kami meminta bantuannya untuk mencarinya di pejabat.... Katanya SUDU ...tak jumpa...
Bertambah kecut perut kami. Habih semua kawan-kawan saya membantu mencarinya. Kerana ia nya smartphone.
Si SUDU membantu saya mencarinya, di updatekan statusnya di FB menyatakan HP saya hilang...
Yang lain menggeledah kereta, pejabat dan tempat terakhir saya pergi.
MASIH TIDAK JUMPA.... masa ini kami cuba menelefon...alamak...HP dah mati..... Si SUDU juga menelefon dan juga tidak dapat.
Saya cuba call kawan-kawan yang lain. Dan..si SUDU juga bantu call...
Saya mempositifkan diri...saya mula meredhai kehilangannya. Saya menukar semua password yang perlu. Saya tidak menuduh sesiapa. Ada juga kawan-kawan lain yang hampir menuduh .... saya tegaskan...POSITIF THINKING.... jgn tuduh sesiapa...
Masa ini saya, CAMCA dan GARPU kelam punca... saya lagi gelap gelita.
Kemudian, kawan saya cadangkan saya mencari TIMUN untuk iktiar cara kampung. Cari benda hilang. Si TIMUN pun kecut perut, semangat nak bantu...Kami bersiap segera untuk pergi ke rumah tok long yang pandai mencari barang hilang.
Si CAMCA sedang bersiap dan membantu saya pikirkan transport untuk ke sana. kerana saya suda tidak boleh berfikir. Gelap Fikiran...
Dalam kalut-kalut bersiap...saya dengat suara TIMUN jauh-jauh "CAWAN, tak payah risau dah...jgn susah hati dah" sambil berlalu jauh.

Bila saya dah ready , dan saya cakap jom. Tetiba SUDU memanggil saya dan menunjukkan skrin pcnya...yang saya nampak masa itu hanya paparan FBnya.
dia tanya saya....tak nampak kah?
Apa? saya tanya
kemudian dia menuding jarinya ke HP saya....
Ya ALLAH!!! terkejutnya saya.... ayat yang keluar dari mulut saya ....Buleh buat mcm ni????
masa itu hanya saya bayangkan bagaimana dia berlakon menggeledah, belakon call hp...rupanya dia yang tutup hp saya. Niatnya untuk main-main ... atau kenakan saya....
Saya penat dan lepak ke bilik TIMUN. saya lihat TIMUN, GARPU juga penat dan terkejut.

Saya terus hebahkan kepada semua kawan2 yang lain, hp tu telah dijumpai...ada staf simpan dan pulangkan. Langsung tiada siapa tahu ianya gurauan... sebenarnya mmg tertinggal. tapi telah digurau.
Hasilnya, semua GARPU, TIMUN, CAMCA dan saya penat. dan akhirnya menjadi tragedi masam muka.

Si SUDU perasan yang sekelilingnya tidak mempercayainya...memang saya faham itu gurauan dia.
Caranya bergurau. Memang kasar...bagi yang tidak tahan.
Tetapi selepas kejadian itu...Si SUDU dan saya semakin masam muka.

Komen saya...
selepas kejadian itu, Sudu sepatutnya mohon maaf pada semua yang tidak kaitan...untuk mengembalikan kepercayaan. Dengan saya tak minta pun tak pa. tapi kalau yang negatif thinking...habis lah si SUDU ni...
kedua, kalau nak bergurau pun....eloklah komplot dengan satu dua kawan lain. Supaya ianya tidak serius dan menyusahkan ramai pihak.
Bila si SUDU berani bergurau kasar... kenapa bila yang lain bergurau kasar dengannya...dia marah.
Si SUDU ini org muda...pada saya matang...tapi kurang pengalaman hidup.
Bila org sekeliling tidak percayakan setiap kata nya...Si SUDU menjadi terasa. Dan berlakulah pergaduhan....
SUDU dan saya? Saya juga terguris... tapi saya padamkan gurisan hati kerana...SUDU adalah sahabat saya... saya telah menegurnya supaya cakap elok2 dengan saya...
sejak itu, SUDU diam...Nanti entahlah. Kalau SUDU nak pulihkan persahabatan ini...buat seperti biasa...seolah tiada apa berlaku...

hmmmm pengajaran kepada semua....awas gurauan anda!!!

No comments:

Post a Comment