Sunday

My Kid

tersenyum Senyum...
Dengar Ya Hanana teringat kat Mek Aisyah tu... Hari-hari ya hanana...
pelat pun pelat lah... macam semalam, dengar dia dok sebut
hedi beday ...hedi beday...tooo you... ooooo heppi birthday to you... hahaha
------------syok layan akai budak-budak-----------
ada satu hari saya tanya aisyah, saja test dia nak jawab apa.

Ibu : Kakak tu kawan kakak ya?
Anak : Mana...?
Ibu : Itu yang bye bye kat kakak tu...(budak lelaki taska dia lah)
Anak : Ish...bukan....itu lelaki. Bukan kawan kakak....
Ibu : Aik, tu dia bye bye lagi... tu...(dia nampak apa yang saya tunjuk, sambil tersenyum malu...)
Anak : Bukan....kakak tak kawan dengan dia.
Ibu : ooooo, dia suka kakak ke?
Anak : diam.... mana ada...
Ibu : hahahahahaha mama lawak saja.... bagus kakak fikir macam tu. Kakak kecil lagi. Nanti ikut cakap mama.
Anak : senyum....

But, im wondering... oooo my kid dah tahu pilih kawan.
apa yang i tak tahu tentang perkembangan minda dia?
Search....

Monday

Weight Gain while fasting in Ramadhan


10.19 pagi. Ada mood nak story about diet dan target untuk naik berat pada hari raya. Cabaran 30 hari untuk naik berat.
Tiap hari bulan ramadhan ni …kena makan makanan sehingga 2000 kalori dan lebih. Disebabkan aku ni mempunyai metabolism tinggi. Jadi andaian ialah :
Mesti sahur.
Makan nasi bila berbuka.
Menu lauk daging, ayam.
Susu
Air Masak mesti sehari 3 liter.

Mampukah? Berjayakah? Hanya ada 30 hari. Hehehe

#Day 1
Sahur – Nugget je yang mampu nak makan. (Tak buka selera pagi-pagi ni)
Susu shake. 250 ml
Air masak . 250 ml je.

Berbuka
Kurma 2 biji
Nasi Putih 2 senduk.
Sup Gear Box.
Daging + air asam.
Susu Shake 250ml
Air manis 250ml
Air masak 250ml je. ( tak cukup….)

#Day 2
Sahur- nasi setengah pinggan (masih tak lalu, makan jugak)
Ayam
Susu Shake. 250ml
Air masak.250 ml

Berbuka
Kurma 2 biji.
Nasi Mandhi.
Ayam Panggang.
Susu Shake.250ml
Air masak.250ml (tak cukup lagi…)

#Day 3
Sahur- nugget 6 ketul
Roti + peanut butter 2 Keping
Susu Shake. 250ml
Air masak.250 ml

Berbuka
Kurma 2 biji.
Nasi Putih
Ayam Masak Merah
Susu Shake.250ml
Air Teh.
Air masak.250ml (tak cukup lagi…)

#Day 4
Sahur- roti + peanut butter 2 keping
Susu Shake. 250ml
Air masak.250 ml + 250 ml ( macam nak terkeluar balik telan jugak sikit-sikit)

Berbuka
Kurma 2 biji.
Nasi
Ayam
Susu Shake.250ml
Air masak.250ml (tak cukup lagi…)


#Day 5
Sahur- roti + peanut butter 2 keping
Susu Shake. 250ml
Air masak.250 ml + 250 ml ( macam nak terkeluar balik telan jugak sikit-sikit)

Berbuka
Kurma 2 biji.  (lupa nak makan)
Nasi
Ayam
Susu Shake.250ml
Air masak.250ml (tak cukup lagi…)

#Day 6
Sahur- roti + peanut butter 2 keping
Susu Shake. 250ml
Air masak.250 ml + 250 ml ( macam nak terkeluar balik telan jugak sikit-sikit)

Berbuka
Kurma 2 biji.  (lupa nak makan lagi)
Nasi Ayam
Ayam bahagian dada (1 ketul je. Kalaulah boleh makan 3 ketul)
Susu Shake.250ml
Air masak.250ml (tak cukup lagi…) lepas tarawikh pun tak minum … terus masuk bilik lepak2 nak zzzzzz. Esok kerja. Jam 10 malam kena tidor. Esok drive jauh.

Timbang semalam 45 kg?. Tak naik lagi berat…Okay itu standard kilo yang selalunya. Nasib baik tak turun…

“Nampaknya nak kena tukar strategi… Bangun sahur lebih awal.
Makan lepas tarawikh.
Sekurang-kurangnya susu shake + nugget.”

#Day 7
Sahur- roti + peanut butter 2 keping + peanut butter tebal-tebal ( eeeeee…telan jelah…lepas ni muka please jangan naik jerawat)
Susu Shake. 250ml
Air masak.250 ml + 250 ml ( macam nak terkeluar balik telan jugak sikit-sikit)

Berbuka
Kurma 2 biji.  (lupa nak makan lagi)
Nasi Ayam
Ayam bahagian dada (1 ketul je. Kalaulah boleh makan 3 ketul)
Susu Shake.250ml + 250 ml. ( telan jelah….)
Air masak.250ml (tak cukup lagi…)
Lepas tarawikh semalam lupa lagi nak minum air. Dan tidur itu lebih sedap dari nak makan. Tak boleh jadi ni…






Happy Belated Birthday My Lovely...

 
Happy Birthday !!!!!
Semoga menjadi anak yang solehah, beriman.
Ini doa ibu untuk mu sayang...
Ya Allah engkau mudahkanlah urusan anak-anakku
Ya Allah engkau peliharalah anak-anakku dari fitnah dunia,
peliharalah mereka dari perkara-perkara buruk,
jauhkan mereka dari maksiat,
jauhkan mereka dari zina,
Ya Allah engkau jadikanlah hati hati mereka benci akan maksiat
dari awal kelahiran hingga akhir hayat
Ya Allah jadikanlah pasangan-pasangan mereka pasangan yang beriman
Ya Allah kuatkanlah ingatan anak-anakku
Ya Allah fasihkanlah lidah anak-anak ku
Ya Allah jadikanlah mereka penghafal Al-Quran
Ya Allah mudahkan urusan mereka
Ya Allah peliharalah mereka dari musibah, kecacatan
Ya Allah jadikanlah peliharalah menantuku dari awal kelahiran hingga akhir hayat.
Ya Allah kurniakanlah kebahagiaan kepada anak-anakku
Ya Allah berikanlah kasih sayang kepada anak-anakku
Ya Allah peliharalah anak-anakku dari fitnah dan kianat
Ya Allah mudahkanlah urusan dan rezeki anak-anakku
Mudahkanlah rezeki menantuku.
Amin...
 
Ini gambar yang telah diedit. Nak cover rambutnya yang kerinting tu. Ini celebrate di rumah, sebiji lagi buat kenduri di Taska nya.... Dia minta saya buat kek Hello Kitty, Tapi mana muat oven ibu sayang...
Jadi, saya minta kedai kek favorite buatkan. Ya...tak ada bentuk Hello Kitty.
 Next yearlah sayang.... jadi dia tukar kepada princess. Ini birthday girl yang pilih. Legaaaa.


Sesi Membungkus "cekelat" untuk kawan-kawan.
Saya sedar anak saya dah ada pengaruh kawan-kawan walaupun usianya baru 4 tahun.
Untuk jamuan ini pun... dia yang beriya nak buat di Taska.
Jadi, saya dan dia mula plan apa nak beli.
Hahahaha dia pandai memilih nampaknya.
Semua yang sedap dimulutnya saja dipilih.
Saya ingat nak letak muffin dan lain-lain.
Next year lah... sebab besday girl tak nak.
 
Sengaja biarkan dia dengan coklat yang banyak.
Sebab, susah saya nak benarkan dia beli coklat.
Hanya coklat tertentu dan kadang-kadang.
Untuk kesihatan gigi dan dia juga.

 
Ini saya dan anak-anak. Oh tidak.... saya edit lagi. Hahaha....  Anak-anak yang comel. I love Kids.

 Sukanya die.... Dikyam membantu dengan tekunnya.... Nanti bulan 10 turn Dikyam pula... Kek Besar. Kita buat sama-sama.
 
Next year tak tahu macam mana pula kan?
Ya Allah berikanlah happy ending untuk kami.
Amin.
 

Tuesday

Interview... What should i wear?

Alhamdullilah, selamat pagi...
Selamat berpuasa, cepatnya 8hb Julai tiba dan berlalu.
Hari ni saya share tentang pakaian ke temuduga. Jom kita cuci mata...
Kebetulan pula saya masih mencari kot yang sesuai dan selesa. Rasa dah jumpa design yang saya berkenan. Tapi di mana nak beli...? Meh tengok, ni set kot yang saya jumpa....
cantik tak? saya suka kot yang labuh. Sederhana cantik.
warna mesti ada adalah warna hitam.
Kemudian barulah ditambah dengan warna-warna lain yang menjadi kesukaan. Hehe.
Dalam set ini saya suka warna peach. 
Design hitam tu memang selesa pada saya.


Look at this set 2, i like all the item in here. But, of course im not wearing this skirt to my office. Hee..
I choose the women suit and the watch. Looks smart and simple. Modest. Ingenue. I am also love to wear high heel.
 Set 3, to me its look trendy, i will choose the watch and the handbag. The short skirt, i will change with long skirt. The design is beautiful.
 Set 4, with long trousers. Very stylish, fresh and energetic.
 Set 5, look at the light brown lady suit. Oooooo.... this is my favorite colour.
 Set 6, All the item is gorgeous. If i need to choose, i will go with the shoe. I am not happy with the 3/4 arm length. But the shape and the body is the best. 
 Set 7, I love the watch and the shoe.
 Set 8, i want to try the shoe.
 Set 9, Wah..... i love the shoe style. It is suitable for me?
 Set 10, hmmmm.....still thinking....
 Set 10, Also still thinking.....
 Set 11, i will try the long suit.
 Set 12, hahahahahahahaha i am happy with this set. If i can, i want to wear this set. Weeeeee......
I feel relax in formal, i feel the elegant in ingénue, i feel happy all the day. hehehe


So, .... what your choice? Am my choice is too adult? hahaha i dont know, i only choose what come out from my heart. hahaha when shopping with my same age friends, they always said this "pilihan wanita matang". Hahahahahahahahaha.

thank you.
-----i am sorry, my english is not good. The Grammar is out. I am learning to keep it fluent.--------

Saturday

Jerawat Resdung timbul di hidung

Assalamualaikum , Hi...
On this night i feel free to write. So i want to share with you about my breakout pimples pimple. It is hard to settel this breakout because of this will take a week to heal. Ya Allah! Please.... it is ashame and auch...
Kalau naik kat hidung, hu....habislah terpampang muka depan. Ha ha. 2 Hari lepas, hujung hidung saya mula rasa sakit sebab jerawat yang baru nak timbul. This is maybe because of i am clean up my house, swept all the dust.. I am allegic to dust, even i am wearing the mask to cover my nose.


So, bila dah naik jerawat besar ni, gelabah la... apa yang saya buat? What i do is......
Saya ambil minyak kelapa dara 3 biji sekali makan. Pagi n Malam. Macam mana saya boleh makan minyak kelapa dara ni? I have started this supplement last a few month. In my mind maybe i have sinus problem. I am afraid the sinus become serious and uncontrol, so i took virgin coconut oil for supplement. Prevention is better than cure....right? hehehe
And....  it is work. One day, i taught i got flu. But it is not. When i sneeze there are mucus. Ya Allah banyaknya.
I Feel better breathing after sneezing all the mucus.

What happen to my pimple? After i took 3 capsules on that morning, it become fade and healing. Alhamdullilah... its work on me.

So, for those who have the same problem or pimples or serious pimples please try this virgin coconut oil.
Hope this will be useful for you.

-----i am sorry, my english is not good. The Grammar is out. I am learning to keep it fluent.--------

Cara Mendidik & Membina hubungan kukuh dengan anak

Assalamualaikum, Hi semua


Malam ni saya nak share tentang salah satu topik keibubapaan (parenting). Saya selalu berdepan kenapa ibu bapa selalu give up dengan anak-anak. Antara ayat yang keluar:
"susahlah ajar anak sendiri....memang tak boleh ajar kena hantar ke kelas"
"nak cakap macama mana lagi dengan dia... saya dah letih nak cakap benda yang sama"
oooooops.... cukup.cukup.



Ini lah hikmahnya kenapa wujudnya wanita menjadi ibu. Kerana sifatnya ibu, tidak jemu. Suka ulang-ulang.
Tak pernah serik. Walaupun ada wanita yang bukan macam yang saya sebutkan tadi.... kenapa wanita ini tak seperti itu.... it is because what had happenned on the past. Normal nya, wanita memang begitu, yang bezanya hanya kurang, sederhana atau terlalu prihatin sifat tadi.

Ini doa anak saya untuk kami suami isteri, sungguh terharu dan bersyukur,
" Ya Allah ya tuhanku engkau cucurilah rahmat ke atas kedua ibu bapaku seperti mana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya mendidik ku semenjak kecil, Aaamin."


Apa pun, ini antara tip yang saya nak share untuk membentuk hubungan anak-anak bermula sejak tercipta dalam rahim. Anak-anak ini adalah gambaran kita. So, keep on reading...

Rasulullah s.a.w. telah menggariskan empat tahap mendidik anak iaitu:

Tahap pertama: Anak yang baru lahir sehingga mumayyiz (enam tahun ) hendakkah kita banyak bergurau dan membelai mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana haiwan menjaga anak.(Huraian : Ini bukanlah disuruh tiru tingkah laku haiwan, maksudnya, cuba tengok haiwan tunjuk kasih sayangnya pada anak-anaknya kasih yang menampakkan kasih sayangnya)

Tahap kedua: Anak berumur tujuh tahun sehingga baligh(14 tahun)hendaklah kita mendidik mereka dengan arahan, disiplin dan beri tanggungjawab.

Tahap ketiga: Anak berumur 15 tahun hingga dewasa (21 tahun ) hendaklah dididik dengan cara berkawan, bertukar pendapat dan hormati pendapat mereka selagi yang tidak bertentangan dengan syariat.

Tahap keempat: Anak berumur lebih 21 tahun. Hendaklah para ibu bapa memberikan kebebasan bertindak selagi tidak bertentangan dengan syariat.Ibu bapa hanya perlu bertindak sebagai penasihat agar segala tindakkan mereka terkawal.

1. Kaedah pesanan dan arahan.
Pesanan dan arahan merupakan salah satu daripada kaedah yang disarankan oleh Rasulullah S. A. W. Anak-anak hendaklah dididik dengan dipesankan sesuatu terlebih dahulu. Lihat bagaimana reaksi mereka, apakah mereka boleh melakukannya hanya selepas sekali pesanan. Jika tidak berkesan maka hendaklah dipesan berulang kali tanpa merasa jemu dan bosan. Menurut pandangan pakar pendidikan kanak-kanak, anak yang pintar perlu diberi nasihat dan pesanan 200 kali tanpa bosan supaya mereka benar-benar memahami pesanan itu dan dapat bertindak dengan baik. Antara bentuk pesanan dan arahan kepada anak-anak :
  • Mengenai solat di awal waktu
  • Adab dengan orang tua-tua
  • Adab dengan guru
  • Adab dengan kawan-kawan
  • Tugas harian di rumah
  • Mengemas bilik sendiri termasuk meja belajar.
  • Tatacara makan mengikut sunnah nabi
  • Cara belajar yang berkesan
  • Ingat sentiasa menutup aurat apabila keluar dari rumah
  • Keselamatan jalan raya
  • Tanggungjawab melindungi adik-adik.
2. Kaedah Bercerita
Kaedah bercerita menguatkan hubungan anak-anak dengan ibu bapa terutamanya kisah-kisah teladan daripada Al-Quran, kisah nabi dan sebagainya. Tujuan bercerita ialah untuk mendidik anak-anak secara tidak langsung melalui pemahamam minda bawah sedar mereka, menyampaikan maklumat dan menyerapkan pengajaran yang boleh dicungkil daripada cerita tersebut, mengerat dan merapatkan hubungan anak dan ibu bapa, anak-anak boleh menggambarkan di minda mereka dengan lebih jelas dan ini lebih berkesan bergantung kepada kemahiran pencerita.

3. Kaedah Soal jawab
Kaedah ke-3 dalam mendidik anak cemerlang ialah dengan bersoal jawab. Bersoalajawab denagn anak akan menggerakkan minda mereka. Ibu bapa yang cemerlang hendaklah sentiasa bersoal jawab dan mengambil tahu mengenai diri anak dan perkembangan aktiviti dan pembelajaran mereka. Kaedah ini hendaklah dilakukan secara berterusan dan tanpa mengira masa, keadaan dan tempat seperti ketika dalam perjalanan, di rumah, waktu makan dan sebagainya.
Ibu bapa hendaklah berusaha menjawab semua persoalan. Seandainya ibu bapa tidak tahu atau tidak pasti jawapan kepada soalan anak, jangan teragak-agak atau enggan untuk mengaku tidak tahu. Ibu bapa hendaklah memberi penjelasan atau jawapan kepada persoalan yang ditanya oleh anak daripada orang yang mahir dalam bidangnya.
Anak-anak kecil lazimnya suka bertanya soalan yang bertubi-tubi. Ramai ibu bapa yang tidak mengambil peduli keletah anak-anak ini. Tabiat ini tidak sewajarnya menjadi amalan ibu bapa kerana tabiat anak-anak yang bertanya itu sudah menggambarkan pembangunan minda anak-anka yang cemerlang. Jika ditangani dengan baik anak itu mempunyai potensi yang tinggi untuk menjadi anak cemerlang.

4. Kaedah merujuk pengalaman lalu
Pengalaman yang positif boleh dijadikan teladan, pengalaman yang negatif boleh dijadikan sempadan. Pengalaman ini elok dibuktikan dengan gambar, dokumen atau barangan peninggalan yang terlibat. Ini kerana pengalamna ini amat mudah untuk menjelaskan mesej yang ingin kita sampaikan dan mudah pula dijadikan iktibaroleh anak-anak. Pengalaman anak-anak itu juga penting. Kaitkan apa perlunay mereka berwaspada denagn peristiwa pahit yang telah mereka alami atau peristiwa manis dan kejayaan yang pernah mereka kecapi.

5. Kaedah nasihat dan teguran
Berilah nasihat dan teguran kepada anak-anak dalam hal akidah, ibadah, akhlak, tanggungjawab, kesihatan, suci hati dan erti kesusahan. Kaedah ini sangat penting dan ia berbeza dengan kaedah pesanan dan arahan. Ini kerana nasihat dan teguran tidak boleh dibuat setiap hari atau setiap masa kerana anak-anak akan mudah merasa jemu dan bosan.
Ketika mendengar nasihat dan teguran daripada ibu bapa, anak hendaklah dilatih supaya memandang wajah kedua-duanya atau tunduk.

6. Kaedah bermain dan bergurau
Cuba tanya diri anda, berapa kerapkah anda bermain-main dan bergurau-gurau dengan anak-anak anda? Terdapat pelbagai kaedah untuk kita bergurau dengan anak-anak ketika sedang bermain, beriadah mahupun bersukan. Matlamat bergurau dengan anak-anak ialah untuk menggembirakan hati mereka.
Mengikut kajian psikologi, apabila anak berasa gembira dan disayangi, mereka akan menjadi anak yang berdisiplin dan berakhlak yang baik. Tetapi jangan pula bergurau melampau batas seperti bermain dan bergurau berlarutan sehingga meninggalkan ibadah wajib dan tugas yang lebih penting.
Bapa juga tidak manis bergurau atau bermain dengan anak perempuan yang telah meningkat dewasa. Begitu juga ibu tidak manis bermain dengan anak lelaki yang telah meningkat dewasa. Perlakuan tidak manis ini jika tidak diikat oleh iman yang kuat, sering berlarutan sehingga boleh menyebabkan berlakunya sumbang mahram.

7. Kaedah latihan yang berterusan
Anak yang cemerlang perlu dilatih secara praktikal dan berterusan. Kaedah ini juga disarankan oleh Rasullullah S.A.W. Anak kita memang cemerlang tetapi perlu dilatih secara praktikal dan berterusan. Kaedah latihan boleh dibahagikan kepada beberapa ciri diantaranya :-
a. Jantina
Ibu bapa hendaklah memberi tugas kepada anak-anak sesuai dengan jantinanya seperti tuga yang berat dan kasar diagihkan kepada anak lelaki manakala anak perempuan kepada kerja-kerja dalaman yang lebih ringan dan sesuai dengan watak keperempuanan mereka. Bagaimanapun tidak salah jika anak lelaki diajar dan diasuh melakukan pekerjaan yang sering dilakukan oleh orang perempuan seperti membasuh pakaian sendiri, menyidai pakaian, melipat pakaian, memasak, membasuh pinggan dan sebagainya.
b. Usia
Pengagihan tugas juga perlu diagihkan mengikut usia. Anak yang berusia di bawah enam tahun belum boleh diberi tanggungjawab yang serius. Tahap tanggungjawab boleh ditingkatkan apabila usia mereka meningkat dan mengikut kesesuaian waktu.
Jangan lupa memberi pujian dan penghargaan kepada anak setelah mereka berjaya melakukan sesuatu pekerjaan itu. Namun jangan berlebihan kerana bimbang anak itu akan bersifat takbur.

Terima kasih. Jom share pandangan anda. Semoga bermanfaat.
Sumber: Majalah Wanita November 2005 - 7 Kaedah Mendidik Anak Cemerlang oleh Noraishah Ismail