Sunday

Terkejut : BFF dah nak pindah

Fuh... seperti yang ku jangkakan. Pertemuan antara aku dan BFF ku yang satu ini bakal berakhir. Insyaallah aku rela lepaskan dia pergi. Sudah lama aku bersedia untuk saat ini. Sedih? tidak... cuma rasa kehilangan. Penyeri hari ku. Lepas ni kemungkinan satu lagi BFF akan berpindah. Sayonara aku ucapkan. Aku tidak menghalang... pergilah. Untuk kebaikan dia. Aku akan hidup dengan cara aku. Seperti biasa mengadap komputer dan melayan kerenah manusia yang suka negatif.

Apa yang akan terjadi selepas ini tiada siapa tahu... Hanya Allah yang tahu.

Saturday

Penjagaan Kulit Berminyak : Pencuci Muka oh Pencuci Muka

Terasa nak tukar pencuci muka dari brand ini ke Eumora. Saya beli Cetaphil ni harga RM 55.00 dari Klinik Kulit. Sepanjang pakai ni Alhamdullilah. Tapi saya yang pernah pakai Eumora memang lebih sukakan Eumora. Sebab...Eumora just one step. Muka nampak macam pakai krim. Tak perlu pun foundation Elianto macam sekarang. Sesuailah dengan saya yang sukakan ringkas, cepat dan mudah. Cetaphil ini okay...kulit rasa lemabab semula jadi. Lepas tu saya letak toner and pelembab sikit (saya tak suka pelembab sebab rasa muka macam berminyak). Disebabkan doktor Venkat rekmen pakai untuk kulit cantik... kena rajin patuhi juga.
Harga Eumora yang pernah saya beli RM 80.00. Itu beli dari kedai SenSei. Saya cuci pagi selepas bangun tidur, petang and malam sebelum tidur. Sebenarnya kadang-kadang saya hanya cuci sekali-2 kali sehari. Kesannya... memang menakjubkan. Saya puas hati.

Masalahnya... Eumora kat Alor Setar susahlah nak jumpa. Maybe harganya yang mahal. Saya cuba nak jadi dealer Eumora belum dapat lagi keputusannya. Nantilah... mana tahu boleh jadi dealer. Boleh la jual sambil digunakan untuk sendiri.
Sebelum ini kulit muka saya kusam, berminyak, berparut. Hmmm malunya bila nak berdepan dengan orang. Akhirnya saya tekad ke Klinik Venkat, alhamdullilah...doktor bagi ubat makan 30 biji. Ubat tak habis makan dah nampak kesan. Lepas tu rekmen pula kat kawan...dahi dia berjerawat. Sekarang ni dia dah habis makan 30 biji alhamdullilah lega. Mahu tak lega... ubat tu accutane. Hmm takut juga bila dengar kesan sampingan ubat tu. Accutane digunakan untuk kes jerawat yang tegar.

Sekarang ni saya makan 2 kali sehari. Sebab nak maintain sahaja. Habis je stok ubat ni saya akan stop. Sebab lagi 2 tahun saya plan nak pregnant anak yang ke3. Yeay...
Accutane ni bahaya. Sebelum makan pil accutane ni saya tak tahu yang ramuan nya adalah accutane. Saya terbaca satu artikel berkenaan masalah kulit, pesakit tu ceritakan kronologi dia mencantikkan mukanya. Rupanya dia makan accutane. Siap letak gambar... pil tu. Itu yang saya tahu itu accutane.

Itulah ceritanya.... untuk pagi ini. ta ta ... miss you all readers.

Tuesday

Braces : Bermulalah kehidupan ku sebagai Si Pemakai Braces

22/05/2012
Hari masuk 2 minggu saya hidup dengan braces. Hari ini dan akan datang saya akan berkongsi cerita pengalaman saya bersama braces. Saya pilih braces yang white colour, jadi orang akan kurang nampak atau tidak perasan saya pakai braces. Lega...orang tak nampak. Sebab saya malu nanti bila nak bercakap dengan orang. First day pakai braces rasa macam nak tanggalkan semula...lenguhnya rasa. Mujur masa pakai tu pada weekend. Jadi 2 hari je lenguh. First time pi office pakai braces, semua kawan-kawan excited nak tengok macam mana rupa saya bila pakai braces.  Oh no... malunya saya... tapi disebabkan sporting ...layan je kerenah mereka.

Apa yang membuatkan saya bermasalah bila pakai braces? Saya rindukan nasi... sejak saya pakai braces, saya tidak berani makan nasi. Minggu pertama saya makan bubur nasi dan daging cincang halus. Sedap... Tapi masuk hari pertama minggu ke 2, saya muak nak makan bubur nasi lagi. Nak nasi macam biasa. Nafsu makan best la pulak... tambah berselera lepas makan Pil Seri Perawan. Jadi apa saya buat? Saya akan masak seperti biasa...lauk pauk apa yang family nak makan. Saya juga akan makan...tak boleh tahan. Jadi, apa saya buat? Saya akan gunakan blender kering untuk hancurkan makanan seperti daging, ayam, tomyam udang... sedapnya... Saya memang suka memasak.

Hari ini dan semalam saya dan husband puasa rejab. Alhamdullilah... saya berjaya lakukannya. Semoga Allah memberkati apabila saya kongsikan bersama anda di sini. Jadi, bulan ini tidak susahlah untuk saya menjaga braces ini.

Semalam ada seorang kawan datang untuk interview saya. Hahaha .... sebab saya pakai braces. Oooowh... Dia nak tanya banyak pasal braces untuk anaknya. Tetapi bila dia nak tanya, ada kawan yang lain... jadi dia cakap, tak pe lah... lain kali akak datang. Saya terus cakap, okay akak... pakai je lah. Kalau muda lagilah senang. Kita nantikan apa lagi yang dia nak tanya...hahaha

Owh...dalam jam 3 petang semalam. Saya rasa wire kat gigi geraham atas tu terkeluar. Betul lah... saya keluarkan lilin yang dibekalkan doktor then paste dekat tempat yang bermasalah tu. Pastu call the clinic untuk tolong saya betulkan wire tu. Maybe masa saya gosok gigi atau masa kunyah. Sebab saya tak puas telan makanan terus, saya kunyah juga. Hmmm....itulah...jadi weekend ni saya ke sana lagi. Harap-harap Doktor ketatkan sama. Cepat sikit gigi bergerak. Memang tak sabar tengok gigi taring tu masuk ke dalam. Lepas ni tak sakit dah ....dan paling penting senang nak diuruskan...
-------------------------------------------------------------------------------------------------

11/2/2014

Wah....lama dah KakLong pakai braces ni. Actually my age pun dah nak XX. Heeee
Nak dekat.... belum lagi. Hehehe korang ada test minda tak? Test ukur umur minda kita? Haa......... nanti Kaklong nak buat bacaan tentang mind age ni. (bagaimana dikatakan elok?) Nanti kaklong nak baca....

Hari ni 11/2/2014, sepatutnya...dah buka braces last year. bulan 12/2013. heeee....
biasalah kaklong ni.(Full Commitment) haa....
Tak pe, last mont dah check up, doctor cakap tak lama dah. Heeeeeee kak estimate dalam bulan 5/2014. Yahuuuuu.... nak tengok what happen.

Jeng..jeng...jeng...
--------------------------------------------------------------------------------------------------

2014

Dah buka braces. Alhamdulillah.... Muka dah jadi lain... Hehehe

I want to be Super Mummy : A....very the busy

Need to do alot of things...

Bulan Rejab : Alhamdullilah...

Semalam 1 Rejab... Alhamdullilah mama dah berjaya puasa. Insyaallah mama akan teruskan... kepada anak-anak kesayangan mama... semalam dah boleh tengok timmy kan? Tapi tulah... tengok sampai lewat malam. Tak boleh mcm tu... nanti mama nak kena fikirkan sesuatu... bagaimana nak trained anak mama jadi lebih bagus...

Hari ni mama lewat ke office. Gara-gara bangun lewat. Malam ni kita ( mama & anak-anak mama ) tidak boleh tengok kartun lagi. Malam khamis atau weekend saja kita tengok ya sayang...

Insyaallah mama kena bersabar dalam mendidik anak-anak mama. Sebabnya anak mama hanya ada 1 ibu dan 1 ayah. Dan...mama pulak hanya ada 1 anak nama Aisyah dan satu anak nama Maryam. Ayah dan Mama sangat sayangkan Aisyah dan Maryam. Itu sebab kadang-kadang Mama marah bila Aisyah tak nak dengar cakap. Mama cubit kan? Sakit kan? Sebab mama sayang anak mama ni...

Nanti Aisyah besar, Aisyah akan lebih faham kenapa mama cubit Aisyah.

Thursday

My New Blog...

Hi... this is my new blog. After years...i am addicted to blogging. Saya layan blog macam buku nota. My Blogging Style adalah seperti menulis buku nota, sharing everything about knowledge, tulisan saya mungkin akan dalam bahasa rojak, bahasa kampung, bahasa kedah, bahasa keyel, bahasa inggeris, campuran bahasa dan maybe kadang-kadang akan jadi formal. Selalunya ilmu agama ia akan jadi begitu...automatik. Saya akan menjaga tatabahasa supaya saya menjaga bahasa saya iaitu bahasa malaysia.

Saya seorang yang simple heart, sukakan ketenangan, sukakan komedi, sukakan pemandangan cantik, suka lihat kecantikan. Apa yang saya paling suka buat pada waktu lapang ... berkebun. I love gardening. Anak-anak saya pun suka. Tak payah risau kotorkan tangan, kaki...sebab saya guna lifebouy. Sebenarnya saya amat mementingkan proses percambahan dan pembesaran pemikiran anak-anak. Saya bimbangkan mereka pada zaman akan datang. Dugaannya amat mencabar. Insyaallah saya akan terus mengamati anak-anak, mendidik dan terus mendidik walaupun saya amat sibuk.

Saya sukakan banyak perkara ... asalkan kesannya adalah positif. I keep exercise my mind to be positive since years ago. Dan...alhamdullilah ianya bagus untuk hidup saya. Lebih tenang, lebih relax, dan lebih matang.

okay, got to go now... lunch time with family. Assalamualaikum.