Friday

Pencuci muka untuk Kulit Berminyak, Jerawat Bernanah

Assalamualaikum semua...lagi 10 minit nak masuk jam 1.
Malam-malam ni banyak idea nak share.
Actually susah KakLong nak stay lewat malam begini.
KakLong selalu tidur awal. Hehehe Tidur itu sangat bagus dan selesa...

Jom kita tengok apa yang KakLong jumpa awal tahun ni.
Disebabkan kesilapan KakLong mencuba produk skincare yang mahsyur
iaitu Botanical Set3 Mary Kay. Orang lain guna okay je...
(tapi kan... kawan-kawan KakLong pun sama juga, naik jerawat.)
KakLong terpaksa batalkan niat bila banyak sangat biji mula tumbuh
di bahagian muka.  macam whitehead.

Sebelum KakLong tercuba Mary Kay, KakLong hanya gunakan Cetaphil.
Lama...dalam 3 thn.
Agak terkilan bila consultant tu cakap muka dah rosak teruk tu yang set tu tak boleh jalan.
???
Terasa ooo
Bila super consultant dia tanya before ni customer tu pakai apa...
Dia cakap KakLong ni pakai macam-macam.
???
Terasa lagi...exactly no!
KakLong sangat takut untuk mencuba sebarang skincare.
3 tahun tau KakLong consume Cetaphil atas arahan Dr.
Ini pengajarannya. Masa trial tu memang dah berat hati nak test.
tapi sebab kawan-kawan so tak banyak kira
try lah buat facial ...
tapi pakai set lain... Timewise. and nak beli yang itu.
okay.
Masa beli direkemennya set lain. 

Maybe tak sesuai untuk produk tu. 
Tapi janganlah cakap muka KakLong ni macam tu...laser sangat
Dah beratus labur untuk set tu...
okay, i keep it end. 
Buat pengajaran. Orang pandailah cakap itu ini.
tak apa lah nanti dia surut. Nanti dia lega.
Healing process la macam2...
Habis my self confident...

walaupun ramai org cakap product tu baik.bagus.
KakLong dah cuba...set 3 atas nasihat consultant dia...
dan  ambil keputusan stop bila biji-biji panas yang dikatakan biasa tu
mula bernanah. Oh sungguh menyedihkan

apa jadi pada KakLong?
tak keluar ke mana-mana.
nak ke shopping complex pun malu nak keluar. pasar malam pun x pergi.
gara-gara ingat muka ni biasa la naik biji-biji 
bila try tudung kena suluh spot light....
Ya Rabbi....muka saya?
terus letak tudung dan balik.
After the day...3 bulan KakLong tak ke mana-mana.
Taat menanti biji biji tu hilang dan nightmare selesai.
Tetapi... nothing happen. Makin worst adalah...

Dan...kemuncaknya bila KakLong sangat stress all people
around start tanya
awat muka hang tu...?
muka la ni teruk sikit no...
Sangat stress!
Sangat!Sangat!
Then,  tak tahan lagi nak tunggu "healing process" ni
 terus ke Dr kulit yang KakLong selalu buat treatment
Alhamdullilah...Dr layan baik. Good Luck that day
manalah tahu...kan muka dah tak elok.
Orang pun buat tak layan je nak beli apa-apa.

Then Dr tanya nak ambil ubat tak (adik beradik Accutane)?
KakLong cakap tak mau dah.
Okay...Dr bagi antibiotik dan sebotol pencuci
Cetaphil lagi
KakLong request pencuci lain...
sebab muka KakLong nampak kusam bila cuci dengan Cetaphil ni
nampak biasa-biasa
KakLong nak fair and radiant.
Dan dia bagi...yang ni
TDF AHA Revitalizing Cleanser 4
Harga KakLong beli sekali antibiotik RM150
ya ka? atau pencuci ni harga RM150
tak ingat...

 
Tapi kalau survey online harga nya around RM60-70
Kedai nya tak tahu. KakLong jumpa online.

Balik rumah terus cuci muka.
Pencuci ni sama seperti Cetaphil. Tidak berbuih.
Warna putih pekat dan tidak berbau.

KakLong cuci muka perlahan-lahan. Dan cuci muka seperti biasa.
Amazing! Esoknya jerawat nanah atas mulut ana dah kering dan kecut!!!

Ini lah yang saya nak. Alhamdullilah...
tapi lambatlah nak lega muka ni.
Banyak la jerawat salah produk ni naik.
Malu sungguh!

Minggu ni masuk Khamis ni masuk 3 Minggu KakLong gunakan TDF.
Jerawat dah kering.
Tapi masih ada parut.
OOOOOH....tekanan sungguh.
Sebab kerja KakLong berdepan org ramai. 
Malu jangan cakaplah.

Setiap kali ke pejabat. Foundation tebal jangan tegur lah.
Tebal...
Eeeee malu...malu
Kita tunggu minggu depan muka KakLong dah okay ke tidak.

Serik!
SERIK!SERIK!SERIK!




Punca atau kenapa Jerawat tumbuh di kawasan Dagu, Dahi, Hidung atau Pipi.


KENAPA JERAWAT TUMBUH DI ...DAHI, DAGU, HIDUNG atau PIPI?
Jerawat di bahagian Dagu
Jerawat dibahagian dagu pula,disebabkan masalah buah pinggang atau sistem endokrin (rembesan dalaman) lemah. Kaum wanita mudah mendapat jerawat di sekitar dagu yang berpunca daripada haid yang tidak teratur dan sistem peranakan yang bermasalah.

Jerawat di bahagian dahi
Jerawat dibahagian dahi adalah disebabkan faktor haba badan melampau, peredaran darah tidak dapat berjalan dengan baik dan menyebabkan minda dan badan menjadi stress, mereka ini kebiasaannya adalah panas baran.Bagi mencegah jerawat timbul dibahagian ini tabiat tidur awal dan bangun awal serta meminum air yang banyak perlulah diamalkan .

Jerawat di bahagian hidung
Hidung yang di tumbuhi jerawat di batang hidung bermaksud tulang belakang mengalami masalah yang disebabkan haba dibahagian perut tinggi dan sistem penghadaman tidak normal, manakala di hujung hidung pula adalah disebabkan oleh ovari atau sistem reproduksi.

Jerawat di bahagian pipi kiri
Tumbuhnya jerawat di pipi kiri adalah kerana hati tidak berfungsi dengan lancar kerana berlakunya masalah rembesan, menyahtoksin dan penghasilan manakala pipi kanan pula adalah kerana paru-paru mengalami masalah tidak normal.

Jerawat di bahagian belakang badan dan depan
Badan belakang dan depan yang ditumbuhi jerawat adalah kerana sistem perkumuhan yang mengalami masalah seperti sembelit. Amalkan pemakanan yang sihat dan mengikuti piramid pemakanan bagi memastikan toksin tersingkir dengan lebih baik.