Saturday

Rasa Kebas di Betis atas?

Assalamualaikum
Selamat pagi semua readers yang saya rindu dan blog saya yang sederhana ini.
Rupa paras perkara ke 2. Nanti bila banyak masa... saya hiaskan blog ni supaya lebih smart.

Jumaat lepas saya jadi kebas di bahagian betis atas... area tulang kering tu. Takut... ingatkan disebabkan tekanan darah rendah saya tu. Saya memang tak perasan yang bahagian tu kebas. Yang perasannya bila anak terpijak area tu dan berasa kebas.

Time tu mula lah rasa takut. Kenapa ni? Ha....sudah... nak ke klinik dah petang jumaat mana klinik buka.
So kena tunggu esok. Sementara waktu, saya letak minyak saja la. Tak Urut... jangan pandai.pandai urut. Nanti lain jadinya. Saya google pun tak jumpa masalah mcm saya ni.

Semalam sabtu, saya ke Klinik Dr Wan Zohdi. Mmg berpengalaman Dr ni. Lama sudah jadi Doktor. Jadi simptomnya pun dia tahu and punca nya.

Dia check kaki saya, and akhirnya... dapat detect yang urat kaki saya tertindih. Alhamdullilah...
Senangnya saya letak perbualan saya dengan Dr ni:

Dr  : cakap jangan risau.  ada angkat benda berat tak?

Saya : ada...angkat anak-anak ni..

Dr : tak pa la ni jgn angkat anak. Saya bagi makan ubat. Kita bagi urat tu keluar balik. dan ubat kebas.

Saya : ok. Ingatkan sebab darah rendah...darah tak sampai kaki ka...alhamdullilah

Dr : Disebabkan kita angkat benda berat, urat boleh terlari. dan tertindih salah satu.
Sambil dia ketuk2 lutut and check tulang belakang.
( Hmmmm malu.....dr lelaki lah.... saya malu kalo dr lelaki. )

Saya : Ok. Dr. terima kasih... ( eee malu...) Saya mmg tahu Dr ni sangat berpengalaman. sejak mak saya lagi kami dok check up di sana. Kira dari saya umur baby...hampir 27 tahun.

Selesailah checkup. Balik rumah makan ubat 2 jenis ubat. Ubat tegang urat (utk keluarkan urat) dan ubat kebas. saya makan baru sekali. Tapi powernya dah terasa pagi ni. Urat tegang....erk... tak sakit tapi...tegang. Rasa seluruh badan tegang.

Sungguh tak selesa. Makin lama makin tegang. Ini yang doktor tu ckp nak bg dia tidak bertindih.

Kaki masih kebas.... bila nak lega ni...

Doa banyak2... semoga kaki ni sihat balik.




No comments:

Post a Comment