Thursday

Akhirnya... Maka tercapailah hajatku untuk Mengerjakan Haji pada 1433H

Alhamdullilah...
Subhanallah...
Sesungguhnya tiada kata-kata nak diucap. Kerana Allah telah mudahkan jalan ku untuk mengerjakan Haji.
Walaupun aku rasa ada seorang 2 yang mengeluarkan kata-kata yang melemahkan semangat. Memang tak sedap dengar... kenapa la cakap macam tu... kan baik kalau doakan yang terbaik untuk kami, bukan kena bayar pun...

Sememangnya banyak dugaan untuk kami suami isteri pergi bersama.
Selagi kasih sayang antara kami ikhlas, segala teguran untuk kebaikan bersama, bersabar dengan kekurangan masing-masing... segalanya mudah dilalui. Kekuatannya hubungan ikhlas antara saya dan suami sememangnya kerana mencari Allah. Kerana ku tahu siapa diriku. Jadi perlu bagi ku seseorang pembimbing ke jalan mu Ya Allah.

Apa pun hari ini adalah hari yang bermakna. Hari ini saya ke tabung haji untuk serahkan maklum balas surat tawaran haji. Alhamdullilah... Allah masih membuka ruang untuk saya untuk menunaikan haji pada usia 27 tahun. Alhamdullilah satu lagi doa hajat ku termakbul. Alhamdullilah. Alhamdulillah.

Berkat taat pada suami allah mudahkan perjalananku. Sungguh, untuk taat pada suami adalah sukar bagi ku yang berdikari ini. Segalanya suka dibuat sendiri. Bila bersuami, semuanya kena dimaklumkan...rupanya. Bunyinya macam mudahkan? Owh... tetapi realitinya, sesuatu yang renyah. Namun akuilah... ianya satu tanggungjawab si isteri yang mencari ketaatan dan kelapangan hati suami.
Suami saya selalu berpesan, nak ke mana-mana kena maklumkan.
nak buat apa-apa kena bagi tahu.
Isteri ni tanggung jawab suami.
Owh... terima kasih abang, susahkan nak didik saya?
Terima kasih, kerana telah memberi ilmu kepada saya dan menyayangi saya.

Mulanya saya nak biarkan saja suami kerjakan haji tahun ini, seorang diri...kerana saya fikir saya masih kurang ilmu untuk kerjakan haji. Namun, saya masih bertuah, apa yang berlaku ada hikmahnya. Dimana surat tawaran haji suami telah terlepas tarikh... sedangkan kami menunggu dari hujung tahun lepas, ramai yang minta kami menghubungi Tabung Haji untuk tanyakan hal ini. Tetapi dalam hati kami , biarlah... nanti sampai lah tu...sebab tahunnya tahun ini...
Tunggu punya tunggu...tak sampai2, rupanya surat telah terlepas, tak sampai rumah. sebab alamat kampung, tak ada nombor rumah. Sebelum ni sampai saja...surat bank pun sampai... hmmm itu yang kata nak jadi cerita tu...kepada posmen, kami langsung tak marah. Cuma pelik...aish...surat ni pulak tak sampai...
Rupanya dia nak bagi saya pergi haji sama....
Bila suami ke Tabung Haji, staf Tabung Haji minta suami buat rayuan bersama isteri... seronok bukan kepalang...
saya pun boleh pergi? atas tiket mahram nya suami...Terima kasih tabung haji kerana memudahkan urusan bakal haji. Kalau pergi asing-asing, pada masa depan... mungkin mampu dan mungkin tak mampu...mungkin mampu duit, tapi tak mampu kesihatan... mungkin mampu kesihatan tapi tak mampu masa...mungkin mampu masa tapi tak mampu duit....
Jadi sebelum tak mampu, saya pilih untuk nanti pergi bersama suami. sesungguhnya dugaan sangat berat.
Dugaan diri yang mencabar.
Insyaallah ... yang ada hanya ada tuhan.

Nantikan bila akan kami berlepas... meninggalkan sementara anak-anak kecil yang comel dan bijaksana. Aisyah dan Maryam. Suami telah diletakkan dalam KT6 , difahamkan KT6 telah penuh, jadi mungkin suami akan disusun semula bersama saya mahramnya.... alhamdullilah...yang tak paham nya...kenapa ada 2 orang statusnya rapat dengan saya yang sungguh cakapnya tak sedap. Katanya, kalau pergi asing-asing jangan pergi... saya cuma tercengang...selalunya orang akan cakap , bagitau tabung haji, nnt depa susun balik flight. Ya Rabbi.... ni yang dikatakan cakap tak dak ilmu. Doakanlah kebaikan untuk orang mengerjakan haji. Jangan patahkan semangatnya. Bukan senang nak pi buat haji...Ya Rabbi... ilmu tu tanda hati celik.



No comments:

Post a Comment