Tuesday

Bulan Rejab : Alhamdullilah...

Semalam 1 Rejab... Alhamdullilah mama dah berjaya puasa. Insyaallah mama akan teruskan... kepada anak-anak kesayangan mama... semalam dah boleh tengok timmy kan? Tapi tulah... tengok sampai lewat malam. Tak boleh mcm tu... nanti mama nak kena fikirkan sesuatu... bagaimana nak trained anak mama jadi lebih bagus...

Hari ni mama lewat ke office. Gara-gara bangun lewat. Malam ni kita ( mama & anak-anak mama ) tidak boleh tengok kartun lagi. Malam khamis atau weekend saja kita tengok ya sayang...

Insyaallah mama kena bersabar dalam mendidik anak-anak mama. Sebabnya anak mama hanya ada 1 ibu dan 1 ayah. Dan...mama pulak hanya ada 1 anak nama Aisyah dan satu anak nama Maryam. Ayah dan Mama sangat sayangkan Aisyah dan Maryam. Itu sebab kadang-kadang Mama marah bila Aisyah tak nak dengar cakap. Mama cubit kan? Sakit kan? Sebab mama sayang anak mama ni...

Nanti Aisyah besar, Aisyah akan lebih faham kenapa mama cubit Aisyah.

No comments:

Post a Comment