Saturday

Akhir Jun 2013

Assalamualaikum , Hi
Last post saya pada 7 June. Rindu ler nak menulis blog. Lebih selesa menulis blog dari FB.
Pertama, Dekat sini, saya boleh tulis apa yang saya suka. Readers nak baca, ikut suka... kalau tak mau baca pun ikut suka...kan?
Saya suka membaca dan menulis. Apa yang saya dengar dan lihat. Dan kadang-kadang pengalaman. Bagus juga saya menulis supaya saya ingat. Lama-lama, nanti saya lupa.
Kedua, orang tak kenal siapa saya di sini. So, lebih selesa..... link ni pun bukannya fames. Sekadar menulis blog yang biasa-biasa ni. Tentang perkara yang biasa-biasa ni. Apalah sangat...tapi saya enjoy.

Sepanjang bulan Jun ni memang totally exhausted. Start 28 Mei hingga 16 Jun Ya Allah.... mental fizikal diuji.
Apa pun inilah cabaran kerja ku. Itu satu jenis jawatan. Bukan gelaran...tolong faham. Hahahaha
Sebab apa saya cakap macam ni, nak tahu tak? Sebab saya tak selesa, tak suka dan tak best dilayan high standard. Eeeeuuuu....tak selesa. Saya orang biasa yang bermula dari zero. Jiwa masih macam dulu.

Malam ni saya tak boleh tidor. So, banyaklah yang akan ditulis. Kebetulan minggu kebelakang ni banyak event dan kejutan yang berlaku. Mana nak start ni....?
Pendaftaran pelajar baru? Alhamdullilah... seperti yang dijangkakan. Bilangan terkini 1637. Wow! Hit tertinggi sepanjang zaman setakat ini untuk organisasi ini. Tahniah.
Tak payah lah cerita banyak, tak minat nak cerita. Hahaha sorry.

Ramai waris yang walk in ke jabatan kami untuk rayuan. Ini tak lah rasa apa-apa sangat, pihak kami boleh cakap rayuan semua secara online. Bagi yang tak tahu cara nak online, kami boleh cuba bantu tunjukkan. Tapi ada yang walk in dan tanya back door untuk masuk ada tak?
Astaqfirullah.... memang benda ni boleh buat, tapi kami ada intergriti. Amanah. Tak sanggup nak makan duit haram. Tak ada back door. Dan tak pernah ada. Apa punya soalan dan statement.
Cukup 6 kredit, BM BI melepasi lulus... anda layaklah ke IPTA kami. Eeeee bila nak maju macam ni. Semua nak senang dan disuap saja.
Ada banyak kes, macam-macamlah persoalan dan ungkitan...walaubagaimana pun... itu semua sebab tidak faham. Dan selepas penjelasan.... barulah faham.

Selesai pendaftaran, datang pula keputusan rayuan. Seminggu lepas layan boleh tahan...sesak. Kami memang penat, tetapi kami layan anda sebaik mungkin. Alhamdullilah, semua terkawal.

Berat badan? Waaaaaa..... kembali susut. Mana tak susut, Pukul 1 pun orang datang tanya. Itu belum jumaat sabtu yang call. Atas dasar kesian dia, berharap ada orang boleh bantu....hahahaha kalau yang berbudi memang saya respek. Tapi kalau yang out... rasa macam nak letak fon dahlah ganggu masa saya.
Itulah kenyataan diri manusia.
Berat badan ni dah menurun.... kena cover balik.... makan...makan....makan lebih banyak...please sayangku.

Kulit Muka? Alhamdullilah dah hilang jerawat. Cuma bekas-bekas jerawat masih ada. Ada juga lubang-lubang. Waaaaa tak pe lah better than before. Sedih jangan cakap. Sampai la aku tak lupa apa yang dia cakap pasai muka ni. Tak pa...tuhan balas nanti.

Kesihatan? Ini aku risau sikit... sebab aku mula rasa sakit menyucuk kadang-kadang di jantung. Risau betui.
Tapi aku dah buat medical check, blood test. Alhamdullilah....masih sihat cuma kurang makan.
Minggu lepas aku mula pening memusing. Tak cakap kat sapa pun cuma pelik sendiri. Tak pernah jadi. Semoga aku sihat... kesian anak-anak ku.

Berita gembira? Ya ada...2.
Yang pertama, alhamdullilah aku dapat temuduga ke tawaran temuduga Master.
Kedua, aku menjadi penyampai cenderamata kepada Datuk Seri Diraja Tan Sri Tunku Puteri Intan Shafinaz.
Nerves ... iyelah tak biasa. Nak represent untuk kerabat Diraja Berdaulat. Menjunjung Kasih Tunku Puteri. Malam tu mimpi indah aku... hehehe. Dapat salam dia. Bergambar lagi. Hahaha Basyar jeles kami semua dapat gambar. Tulah dilema kerja sebagai jurufoto, kan?

Hope kehadapan ada lagi kejutan gembira untukku. Kerana ada yang suka sengaja menyakitkan hati ku.
Ini diklasifikasikan tindakan tidak bijak. Apalah....tak de kerja kah?

Bilalah aku nak balik mengajar ni? Kena naik pangkat dulu ler... tapi okaylah, sekarang ni aku boleh lepaskan gian mengajar dengan permintaan orang. Suruh aku buka tuisyen Math and Science. Dah start kelas pun...alhamdulillah.

Oh, boleh dikira berita gembira juga kan?


Semoga diri penulis terus sukses....
Sekian terima kasih.
Selamat malam, mata dah mula nak tidor... okaylah tu...

Friday

Cara saya hilangkan jerawat (salah produk)

Assalamualaikum semua

Saya nak share tentang bagaimana saya berjaya selesaikan masalah jerawat. Semuanya salah sendiri dan jadi pengajaran. Cerita sikitlah... saya nak hilangkan parut2 jerawat masa study dulu dan nak haluskan kulit muka. Nak dijadikan cerita selepas balik dari Mekah, ada duit lebih sikit nak carilah produk yang boleh mencapai kulit idamanku. Terjumpalah Mary Kay atas saranan kakak ipar. (tak pa saya tak marah pun my kakak ipar. biarkan saja, tak sesuai dengan saya) yang saya marah dia punya consultant sbb saya nak beli produk lain direkmen produk lain. Wa........ sedih la kesannya jiwa ni tertekan. Murung berbulan-bulan. Sekarang ni dah boleh nak bercakap dengan orang. Ada juga yang berasa kot when that time im not happy n dont want to talk to anybody. Biarlah benda dah berlalu. Buka buku baru.

So, hope kawan-kawan yang lain boleh cuba produk-produk yang saya guna ni. Daripada berabis beratus-ratus.
Jenis Kulit : Berminyak (senang berjerawat kan?)
Masalah : Jerawat + whitehead + parut (ini akan diproses selepas jerawat hilang)

Step 1: saya gunakan ini sebagai makeup remover. Cetaphil Gentel Cleanser. Oh ini Cetaphil Oily Skin saya guna sebelum saya cuba Mary Kay. Memang berkesan untuk masalah kulit berminyak dan senang berjerawat. 
ini baru saya punya make up remover. Walaupun saya tak make up blusher eyeshadow etc. Saya tetap gunakan compact powder. So, i need to clean up my face first.

Step 2: scrub dengan St Ives Green Tea Scrub. Best gunakan scrub ni. Hilang semua whitehead. dan kulit rasa sangat bersih. Make sure slowly and gentle. Very gentle. Kulit muka berjerawat sangatlah sensitif. Maybe mula-mula pakai kena sapu je dulu dan biarkan 3 minit. kemudian basuh. Janganlah gosok.
Lama-lama nanti dah reda radang tu boleh lah cuci dengan putaran kecil-kecil di kulit.


Step 3 : Green Tea Clenser. Cuci dan biarkan seminit 2. Basuh dan keringkan muka.
Step 4 : Toner. Saya gunakan Dalacin T untuk matikan bakteria yang ada dalam kulit dan permukaan kulit. Bagus untuk kecutkan jerawat. (pakai juga kat muka walaupun sy tak suka toner. Atas nasihat Dr n Pharmascist must use.)

Siap .... 4 Step untuk bangun pagi dan malam. Kalau tak keluar mana-mana saya tak pakai la compact powder. Lets the skin heal from sickness. Must be Patient and Positive Minded.

Malam pula sebelum tidor. Saya akan sapukan serbuk ajaib (nak beli cakap tau, i memang jadi supplier nye. Rawatan Kampung. But Terbukti Berkesan).  ni kat bahagian jerawat dan campur sikit dengan bedak sejuk. Tempek di seluruh muka untuk lagi cepat kecutkan jerawat.  Saya pakai 15 hari dah nampak perubahan. Kalau jerawat jenis resdung, lagi lah berkesan.

Itu saja... cara saya selesaikan masalah jerawat.
Selain makan dengan teratur, minum air banyak untuk proses membuang elok dan lain-lain.... tapi masalah saya ni jerawat di permukaan. maknanya produk yang saya guna tu yang tidak sesuai.
Akhirnya...kini, hidupku semakin ceria. Alhamdullilah....
Apa-apa boleh comment kat bawah. Nak tengok Muka saya sebelum dan selepas jerawat? WA..... tak nak tunjuk. Mimpi Ngeri. Please... jangan minta. Itu kisah sedih yang saya pernah lalui.