Friday

Petua Rawat Demam Campak Besar Chicken Pox

Anak kena demam campak besar, selalunya demam ni akan berjangkit. Inilah yang berlaku pada anak kaklong, Maryam. So, bulan ni memang busy menjaga Dikyam demam campak besar atau cacar air.

meh kita ambik tahu Apa itu Demam Campak Besar / Cacar Air?

Penyakit cacar air, dalam istilah perubatan disebut varisela, kanak-kanak bawah 10 tahun terdedah kepada virus ini. Penyakit ini jugaboleh menyerang orang dewasa, dan kesan nya lebih berat. Hampir semua orang dewasa yang pernah mengidap cacar air tidak akan terkena lagi.

Penyakit ini disebabkan virus varicella zoster . Tanda anda diserang virus ini adalah timbul bintik bintik ruam . Ruam tersebut akan berubah menjadi bintil merah berisi cairan yang terasa gatal yang kemudian akan kering, menjadi kuping dan terkelupas dalam waktu 7 hingga 14 hari. Bahagian yang terlibat boleh dikatakan keseluruhan badan termasuk muka, kulit kepala, tapak tangan, tapak kaki dan keseluruhan badan.

Menyebabkan sakit nak jalan, bila bintik dah naik ke kaki. Mandi pun susah. Senang untuk pecah.
Air bisa ini akan menyebabkan berjangkit. So, mommies haruslah teliti dalam menguruskan anak demam campak besar ni.



Petua orang tua, Demam ini mesti dibiarkan keluar semua bisanya. 
Kalau tidak akan meradang di dalam badan dan membahayakan. 
Boleh menyebabkan kecacatan lain. 

Pengalaman kaklong, anak tak demam, terus naik bintik ruam satu di jari. 
2 hari kemudian, ruam tu berisi air. Kaklong ingat kena gigit binatang. 
Bila check badan anak, ada bintik yang seakan sama di tangan.

So, kaklong suspek Dikyam kena campak besar. 
Astaqfirullah. Cacar air ni susah nak handle.
Sebab mudah pecah, gatal, susah nak makan,
paling penting ia bahaya & berjangkit.

Bawa anak check up Doc. 
Doc akan advice dan berikan lotion calamine dan antibiotik.
Terpulang kepada kes. Doc lebih arif.

Dan ini pengalaman Kaklong. Apa kaklong buat?
Langkah pertama, pastikan cacar air ni keluar sepenuhnya.

1. MINUM AIR KELAPA MUDA 
Virus yang ada dalam badan tu akan lawan dengan antibodi badan.
Bintik bintik tu akan semakin mengeluarkan air bisa dalam badan.
Ada yang seperti nanah, berwarna gelap dan sebagainya. 
Bergantung kepada individu.
Minum air kelapa sekurang-kurangnya seminggu tu. 
Yang terbaik adalah hari hari sehingga sembuh.

Kat mana nak beli? Sekarang ni mudah, Tesco pun ada jual coconut fresh. 
Harga dalam 2-3 ringgit satu biji. Siap potong, balik cuma potong atas dan minum. 
Kalau ambil yang coconut pop, takut terkena kelapa yang masam. (ini dah expired)

2. PANTANG MAKAN DAN DIET

Top main point untuk topik ni. Untuk cepat dan sembuh sepenuhnya. 
If u tak bagi makan antibiotik, 
later anak u dah tua nanti akan timbul sebagai bisul. (i get this info from Doc)

Untuk diet, Kaklong elakkan;
AYAM ( tak kira ayam kampung ), ini 
pengalaman Kaklong, Bila Dikyam dah timbul cacar air tu,
bila dia makan sup ayam kampung, malam tu dia mengadu
sangat gatal dan menangis. Itu ayam kampung. Ayam Dara lagitu.
*ayam dara dipercayai mempunyai full khasiat.

So, confirm... cacar air elegik dengan minyak.
Walaupun sup ayam. Sup ayam ada minyak ayam.

So, next day - and sehingga cacar kering.
Kaklong masak sup sayur brokoli. Brokoli sangat bagus dan cepat sembuh.
Anak yang tak suka sayur, mommies boleh rincikkan halus-halus.
gunakan psikologi, anak ni kalau tahu itu sayur memang dia BLOCK.

Anak anak kaklong, alhamdulillah memang feveret sayur.
mudah nak diuruskan.

kadang kadang dalam mulut anak akan timbul bintik panas. susah dia nak menelan.

MENU : BUBUR NASI + SUP SAYUR BROKOLI 
Sayur lain : Carrot, Ubi Kentang, Saderi, Daun Sup, Raddish
Leek (masukkan sikit je),

*Resepi SUP : lebihkan bawang putih. Agak-agak je.
Masak sup yang high in garlic. (bawang putih adalah natural anti radang)
So, hari hari kaklong akan ke Tesco shopping sayur.
Beli sama garlic powder untuk perasa.

menu harian:

Bubur Nasi + Sup Sayur (pandai pandai mommies ejas ye)
Minuman : Air kelapa / Air Suam / Glukos

TAK BOLEH MAKAN
- seafood, termasuk perasa ikan bilis
- telur akan menyebabkan nanah
- produk tenusu

ANTARA PETUA-PETUA ELAK CACAR AIR MEREBAK?

- mandi air kulit kerang, entah... kaklong tak sure.
Tapi logik sbb kulit kerang kalsium

- mandi air kolah yang di letakkan halia, xbuat jugak

- mandi air tanah liat, ini nak buat nanti lepas kuping dah lekang.
 Logik jugak untuk sembuhkan parut. Mud adalah tanah liat.

- mandi air santan, tak pernah buat. Xpayah buat lah. sebab berminyak.
Logiknya mungkin pada bintik yang berkuping. Ingat, santan ada minyak.

kaklong nasihatkan, santan tu xperlu buat.
Kalau nak try, try kat badan sendiri. Kesian anak.


UBAT-UBATAN DAN RAWATAN :


DOA DEMAM CAMPAK & PENYAKIT BERJANGKIT






Pengalaman Kaklong  untuk rawatan terminate virus ni.
Sebab Baby Nurun masih bawah 2 tahun. Susah untuk dia hadapi benda ni.
Kalau terkena, kaklong terima dengan hati terbuka.
Ada kelebihan juga, parut masa baby ni senang nak hilang sepenuhnya.

So, Kaklong beli Nutriferon Shaklee + VIVIX untuk healing cacar air.

Nutriferon ada 30 sac. Bawah 12 tahun, makan 2 hari sekali.
VIVIX minum satu sudu teh, insyallah untuk baiki DNA yang rosak.

Harga VIVIX ahli RM400 ++ Untuk kesihatan, berbaloi.
Nasib baik kaklong ahli, so tak susah nak beli. Terus ke center dan beli.
contact Kaklong (0194790714) kalau perlukan VIVIX n Nutriferon
Satu rumah boleh minum.

1. KUARANTIN. 
Elakkan ke tempat awam. Lepak rumah saja la.
Masa ni Dikyam ada selsema n batuk.
So, Kaklong banyak letakkan hirisan bawang besar dalam bilik dia.
Bau bawang memang x best. Sehari 2 biji. Pagi n Malam tukar.
Tapi bagus untuk serap virus selema.
Buat 3 4 kali, insyaallah selesai selsema.

Elakkan : Kena hujan.
Pakaian anak perlu dicuci dengan air panas. Untuk elakkan jangkitan.

Mandi, Kaklong pilih untuk hanya lap badan anak.
Kaklong taknak bintik tu pecah.  Cacar di badan Dikyam besar besar dan terlalu banyak.
Lap badan lebih mudah untuk anak kaklong.


2. DIET
Makan makanan yang penuh zat.
Paling senang nak telan BUBUR NASI, NASI IMPIT, NASI LEMBUT
Elakkan minyak.



3. REHAT
Layan je...

4. SEMBUH
Alhamdulillah, mommies kena bertahan sampai 3-4 weeks.
Anak akan sembuh, bintik air akan kering dan lekang sendiri.
Ingat jangan kena air hujan. Parut tak hilang?
Kaklong tak try,  Dengar jelah nasihat tu. Menakutkan kalau parut tak hilang.


Selamat bermanfaat.
Salam sayang, kaklong sakura.









Thursday

adakah anda judgemental atau Empati?

Penulisan tentang judgemental person.

Ramai sebenarnya mempunyai gaya pemikiran sebegini. Suka menghukum sesorang, sesuatu tindakan mengikut fahaman sendiri. Lama-kelamaan, sikap ini akan mendidik anda untuk negative minded.

Selalunya, kita sering jumpa pemikiran ini dalam mesyuarat, discussion dan bengkel.
Bila sesorang mengutarakan nasihat, cadangan berbentuk nasihat... kita menerimanya secara negatif. 
Soalan kembali diri kita, kenapa harus negatif?



Bagus ke tak gaya pemikiran ini?

Ia tidak membantu anda sebenarnya, dengan cara pemikiran sebegini, anda meletakkan halangan dalam perhubungan dan kemahiran komunikasi. Komunikasi adalah peranan besar untuk anda menyerap ilmu dan pengalaman sebenarnya.

Dan ramai yang tidak mampu mengawal pemikiran ini. Kerana pemikiran ini seronok dan megah. 

Apakah cara untuk mengelak gaya pemikiran ini?

Salah satunya, latih minda anda untuk berfikir secara positif. Husnu Zhon atau bersangka baik. 
kerana bersangka baik akan memberikan kita pemikiran yang bagus. Bertambah ilmu dan pengalaman kita.



Rahsia dan Petanda Bahasa Badan

Bahasa badan ni seperti signal awal untuk kita. Untung kalau sedar. Untung juga kalau faham.

Ini list yang kak simpan dulu, entah dari blog mana kak copy dan simpan. Masa kemas folder tadi, terjumpa. kepada pemilik sebenar, terima kasih. Akak suka post awak ni. Manfaat untuk akak.

Ni akak Share kat korang semua. Baca boleh, tapi jangan sampai taksub beb. Allah yang maha mengetahui.
habis tu kenapa share? 1st untuk simpanan sendiri. Akak suka baca, ok je. Ini pun satu ilmu juga. Korang jangan dok buat kurafat pulak nanti.

Rata-rata nya, tak semua orang dapat signal ni. Ini untuk pengetahuan je, bukan sahih. anggap je sama seperti kata orang tua-tua....

cth, pernah dengar org tua tua pesan, jangan lalu bawah penyidai?
pernah dengar pesan org tua-tua, jangan nyanyi di dapur? hahaha ni akak suka buat feveret... macam jadik pulak ya kata org tua ni...

memang akak kawen dengan suami beza umur 10 tahun. heeee
Perkataan yang tak pernah dengar tu, korang google lah apa ertinya. Akak pun tak tahu.

Layan....

. Semua tubuh bergerak kanan dan kiri atas alamat melihat indah2 suatu pula hampir ajal
. Tengah kepala bergerak alamat beroleh kebajikan.
. Jika ubun2 alamat menjadi menteri atau raja atau beroleh harta banyak, orang pun kasih akan dia.
. Kepala kanan alamat barang pekerjaan beroleh untung
. Kepala kiri alamat akan sakit padahnya
. Semua kepalanya alamat beroleh sukacita
. Dahinya alamat beroleh ilmu lagi beroleh harta yang halal.
. Tengkok bergerak alamat banyak orang kasih kepadanya.
. Kening kanan alamat bahagia akan datang.
. Kening kiri lagi bertemu dengan kekasihnya.
. Kelopak mata kanan yang atas alamat beroleh hartanya di bawa oleh keluarganya dari jauh.
. Kelopak mata kiri yang atas alamat beroleh harta di bawa keluarganya jauh ia membawa untung.
. Kelopak mata yang bawah alamat akan menangis.
. Kelopak mata kiri yang bawah alamat jauh daripada bahaya atau duka dan berlayar.
. Ekor mata kanan yang atas alamat jauh daripada penyakit.
. Ekor mata kiri yang atas alamatnya terlihat dengan orang di kasihi.
. Ekor mata kanan yang bawah alamat meliht orang datang dari jauh.
. Ekor mata kiri yang bawah lamat sakit .
. Jur2 mata kanan alamat sakit.
. Jur2 mata kiri alamat kasihi orang.
. Biji mata kanan alamat menangis akan sakit atau mati
. Biji mata kiri alamat sakit.
. Hidung kanan alamat jauh daripada bahaya atau  penyakit atau orang akan memberi rezeki yang halal padanya.
. Hidung kiri alamat akan berbahagia dan bertemu dengan kekasihnya.
. Semua hidungnya alamat berkasih sayang dengan kekasihnya.
. Pelipis kanan alamat mati atau  kematian.
. Pelipis kiri alamat aman hatinya
. Telinga kanan alamat mendengar khabar yang baik dan beroleh sukacita dan menang ke atas musuhnya
. Anak yamin kiri bergerak alamat orang datang tetapi orang itu daripada sabiqoh datangnya
. Pipi kanan alamat panjang umurnya lagi memakai bauan
. Pipi kiri alamat bebas daripada sakit lagi tenang hati
. Bibir yang atas alamat akan berkelahi dengan sesama lelaki tetapi segala keluarganya kasih akan dia
. Bibir bawah alamat demikian juga
. Kedua2nya bergerak alamat makan minum dan memaki
. Jur2 bibir kanan alamat berkelahi
. Jur2 kiri alamat mendengar yang baik lagi beroleh kirimannya atau ilmu
. Lidah alamat makan minum tetapi berkelahi
. Anak lidah alamat huru hara
. Gigi alamat suka citanya
. Dagu kanan alamat bertemu dengan orang kaya
. Dagu kiri alamat beroleh pengetahuan
. Semua dagu bergerak alamat beroleh pekerjaan yang baik atau  pekerjaan raja2
. Leher kanan alamat huru hara
. Leher kiri alamat bebas daripada penyakit
. Semua leher bergerak alamat demikian juga atau beroleh kebajikan
. Bahu kanan beroleh harta yang banyak tetapi berkelahi dahulu
. Bahu kiri alamat orang mahu berbuat jahat tetapi kita di muliakan orang
. Lengan kanan bergerak alamat beroleh kebajikan
. Lengan kiri alamat berjumpa dengan sahabat yang baik dan beroleh suka cita
. Siku kanan alamat memegang emas dan beroleh suka cita
. Siku kiri alamat demikian atau kata setengah alamat di kasihi orang
. Hati tangan kanan alamat memegang emas atau kata setengah alamat di muliakan orang ramai
. Hati tangan kiri alamat beroleh emas atau  harta lagi untung
. Ibu tangan kanan alamat beroleh harta orang dan di muliakan orang atau kata lain alamat kematian
. Ibu tangan kiri alamat jadi penghulu
. Telunjuk kanan alamat berkelahi atau jika pada 5 haribulan haji alamat mati atau  kematian
. Telunjuk kiri alamat di muliakan orang dan beroleh kebesaran tetapi sakit dahulu
. Siku jari kanan bergerak alamat berkelahi
. Siku jari kiri alamat beroleh kebesaran tetapi sakit dahulu
. Jari manis kanan beroleh harta lagi suka cita
. Jari manis kiri segera beroleh emas atau  perak atau  perempuan yang cantik
. Belikat kanan alamat cita2nya tercapai
. Belikat kiri alamat akan sangat
. Lambung kiri bergerak alamat percintaan
. Belakang beroleh bahagia tetapi sakit dahulu
. Belakang kanan alamat orang datang
. Belakang kiri alamat orang jahat percintaan
. Lambung kanan alamat percintaan
. Perut kanan alamat beroleh rezeki banyak
. Perut kiri alamat menteri akan datang
. Pinggang kanan alamat kebajikan datang
. Pinggang kiri alamat beroleh anak atau harta
. Usus kanan alamat beroleh anak
. Usus kiri alamat beroleh anak atau harta
. Dubur beroleh untung atau rezeki halal
. Hati kanan alamat duka cita
. Hati kiri alamat sukacita
. Pusat bergerak alamat beroleh harta banyak
. Jejakan kanan bergerak alamat dekat akan berjalan
. Jejakan kiri alamat tenang hati beroleh rahmat
. Pirus kanan alamat ada orang cintai kita
. Perus kiri alamat nauri orang isterinya atau berbuat zina
. Semua perus bergerak berlekang (berselang seli ) alamat isterinya berbuat zina
. Bahu kanan bergerak alamat ia bertemu dengan kekasih dan beroleh kekayaan
. Ari2 bergerak keduanya alamat beroleh perempuan
. Pangkal perus berkeliling alamat akan beristeri atau berbuat zina
. Pintu kanan alamat akan duduk lama atau orang datang pada kita
. Pintu kiri bergerak itupun demikian tetapi kita beroleh permainan yang baik
. Paha kiri bergerak alamat beroleh kebajikan atau orang membawa emas pada kita
. Paha kanan alamat berjumpa dengan keluarga yang jauh atau berjalan jauh
. Lutut kanan alamat beroleh darbia
. Lutut kiri di hormati orang
. Betis alamat berkelahi sesama lelaki
. Betis kiri beroleh harta
. Pergelangan kaki kanan alamat beroleh darbia
. Pergelangan kaki kiri alamat tidak untung jangan di carinya
. Kura2 kaki kanan beroleh kebajikan
. Kura kiri berjalan jauh atau kata setengah pula sakit
. Mata kaki kanan almat berjumpa dengan orang datang dari jauh
. Mata kaki kiri alamat mendengar berita baik
. Ibu kaki kanan alamat mendengar berita kematian
. Ibu kaki kiri berjumpa dengan orang pergi lama akan datang
. Telunjuk kaki kanan alamat akan sakit
. Telunjuk kaki kiri berbahagia
. Siku jari kaki kanan alamat beroleh pekerjaan yang baik tetapi berkelahi dahulu
. Jari manis kaki kanan alamat bertemu dengan orang mencuri benda kita
. Kelingking jari kanan berkain baru atau barang kehendaknya
. Kelingking kaki kiri alamat sakit hati
. Tumit kanan bergerak kehilangan
. Tumit kiri pun demikian
. Tapak kaki melihat orang yang baik perangainya
. Hati kaki kanan alamat suka cita
. Hati kaki kiri alamat berjalan

SUMBER DI EKSTRAK DARI KITAB TAJUL MULUK 

Monday

2016 yang suspen

Assalamualaikum semua

lama kak tak bercerita di blog. Fb pun jarang jarang. Sejak ada Baby Nurun ni ter- rasa masa ni packed. Ha ha ha sekarang dah slow slow adapt. Awal tahun ni sibuk dengan kelas bisnes la, sibuk running bisnes la, keja still running on, kerja kak kat ofis tu korang paham paham je laaaa ha....sibuk tahap gaban. mana tak packed. Sibuk gila. Last rasa penat sangat, stop sekejap n holiday. Yeay!!! fuh... bahagia. Aman. Damai. Amin... alhamdulillah.


Sekarang ni, nak relax... hahaha best giler relax. Cukuplah Duit Masuk , Hati senang. Makan apa nak makan. Layan customer lama je skrg ni, still contact. Ape ape contact kak kat number ni 0194790714.
nak serbuk ajaib ke, nak beli pil perancang herba ke, nak pil kesuburan ke. ada kak jual.  Sabun je kak stop buat sbb nak relax jap.


Saturday

Fuh..... lama tak menulis.
Rindu weh... ke mana menghilang? tak ke mana-mana. Sibuk dengan hal dunia akhirat. ha ha ha

2015 tahun baru yang sangat mencabar.... heee meremang bulu roma
GST dah implement 1 April 2015 dan hari ni 5/4/2015, kalong xbeli barang rumah lagi. Risau laaa

Beli dekat mak lah... untung sikit. Tak de GST. Bijak tak aku... kikiki (baru terlintas)

Tadi tersenyum. Alamak, jap jap.... nak pam susu. Full tank. heee (tak senonoh kan? hihihi)

------------------- to be continue.




Sunday

My Kitchen Idea

 
 
 
Jom cuci mata tengok survey kitchen yang ada ni....
Ya allah permudahkanlah urusan rumah idaman kami...
amin...
 
 
apa yang saya suka picture kat atas :
-ruang dapur yang luas.
 

 
apa yang pada mata saya Nampak menarik :
- warna putih yang bersih
- konsep laci...saya suka laci
- cabinet atas yang kemas ke siling
 

 Wah... idea pintu ni saya suka... open air.
sesuai untuk lifestyle kami yang kampung.
L-shape yang kemas dan padat.
Hmmm.... saya perlukan ruang dapur yang extra untuk
alat2 yang banyak. Oven, microwave (hadiah).
Dapur kena extra. Sbb saya suka masak untuk big family.
sedap ke tidak ? sedap lah .... hehehe (perasan)
 

 
Yang ini memang tak sesuai dengan watak kami semua yang
suka udara dan tanah. Hahahaha layan je lah...
 ini kalau Maklang sesuai la.... metropolitan.
 

 
Yes... konsep cabinet berpintu kaca samar-samar ini saya suka.
Kelemahannya : kalau tak susun .... astaqfirullah... malu!
ala comelnya TV tu...sentimental value.
Rak tu tak boleh.... tak sesuai dengan we all yang kurang rajin nak atur.
Hehe ada belimbing atas meja tu... nanti ada yang termakan. kerana sangka buah sebenar. (loklaq! tapi dia memang macam tu...apa nak buat.)

 
Yes...yes... stainless memang heavy duty.
Saya suka oven tu...je.

 
Best ni... tapi tak sesuai.

 
Pantry oh pantry......
Tak cukup masa lah nak layan pantry mcam ni.
Kalaulah ada maid boleh bantu.

 
Yes... konsep kemas ni saya suka.
Ok.

 
sukanya tengok... kemas.
hmm... bila rumah ada kanak-kanak yang cerdas ni.
Rasanya nanti semua yang kat rak tu berjalan ke mana-mana...
sinki , tingkap and drawer tu saya minat!

 
Saya suka konsep gantung pan tu.
Rak untuk tray terbaik.
Yang lain-lain.... tak mampu nak jaga...
habuk.

 
saya suka cabinet tanpa handle. ( ye ke... panggil handle?)

Product Review: Himalaya Neem Face Wash & Simplysiti White and Detox

Phew... baru lepas kemas ofis yang lama dah tak kemas.
Lama tak update story. (opss.... tak de niat nak glamer pun. Cuma lepas tensen and isi masa lapang...hehehe)
Banyak jugak yang berlaku kebelakangan ini... bytheway sy share mana yang boleh buat contoh kat manusia lain. (ayat.... tak boleh blah. Minta maaf la ya... hari ni hari yang tak keruan atau tak ketahuan).
Semalam baru je beli Neem Face Wash Himalaya. Ingat nak tukar pencuci muka yang baru nak glow muka n fair. Sebelum ni, green Tea tu dah habis, kan susah nak pergi Guardian... jadi tak lah beli. Pakai je scrub tu...
Makan pula tak jaga.... sapu mentega kacang tebal-tebal.... (sedapppp.....)
maka muka pun mula naik jerawat. Wa....

Jadi nak cantik kena rajin laaa... pi beli Guardian n try beli Himalaya. Dengan harapan muka semakin cantik n free from pimples. Hope....amin.

Ni.... my new stuff at bathroom. Bila guna semalam... muka rasa bersih dan tak kering. Tak berminyak (macam sabun tak cuci ...hmmm faham kot) dan kurang berbuih katanya (tapi bila cuci ok je... cuma tak buih macam sabun laaaa .hahahaha macam lawak pulak rasa, tapi masih selesa guna).
Nak story yang promoter tu rekmen kat saya Simplysiti Detox & White.
"boleh Detox, keluarkan semua toksin yang ada kat muka. Selalunya kita detox kat kaki kan.... ini kita buat kat muka."
Saya jawab... : eeeeee takutnya dengar.... (ya lah kaki xpe lah.... ini muka kot... terbayang muka ditempek detox kaki tu...hehehe sebenarnya fobia salah produk la.

Promoter : tak pa kak... elok...
Saya : eeeee takutlah saya... nanti naik whitehead...
Promoter : tadi akak tu amik satu set, hari tu dia try cleanser.
Saya : hmmmmm kulit dia tak bermasalah xpa lah kot..... saya baru je lega salah guna produk ni... eeee tak mo lah saya....

Promoter : elok kak....

( ini yang malas ni.....rasa macam nak try. Tapi last angkat jugak 1. Sasaran sample adalah Mr Husben. hahahahaha sian abang. Hehehehe semua test kat dia dulu. hahahaha sebab kulit dia no problem.... semoga abang makin hensem dan gebu.)

Ini ha...... hehehe.... tunggu ujikaji dulu. Selamat.... cuma khuatir muka saya ni yang tak boleh terima nanti. Saya tak berani try la.... sebab muka jenis sensitive dan berminyak. Salah produk akan naik Whitehead. Nano tak boleh pakai sebab naik whitehead.



Dah.... larut petang ni... meh la kita stop. apa kesannya nanti saya cerita.
Assalamualaikum.

Friday

Ringgit Malaysia Falls Down to RM3.32 today

I read on My FB, RM going down...
That's mean the RM value become smaller. and ...
When I am going to buy stuff from oversea I need more RM.
When I am saving for future the value become smaller also.

If u have gold saving yes...
So, what I need to do?
1.  Keep on saving methods. Saving more and buy the value property. Todays RM 1 more valueable than Tomorrow RM 1.




Weight Gain Update

My weight now after Raya is 44Kg. Oh no.....
Need foods. I stop consuming HLife because on the financial constrains. I need more saving for future needs. Hehehe

I am hungry. But I am foods picker also. hahahahaha I realize that when I attend a course at Genting Highland. There are also slim friends like me, and same eating habits. the foods picker. hahaha
Compare with our Healthy Friends, everything foods in front them, they eat, with no reason. Hehehe... ( so, please don't do this)

----update later------

6/10/2013
Berat dah naik ke 46 kg Alhamdulillah......
Sarapan 8.00 am
Makan tengahari 1.00 pm
Makan malam 7.00 pm
Supper 10.00 malam
(sebulan maintain, la ni tak boleh tak makan.... lari taime mesti masuk angin)

Transform Anak Aktif kepada Anak Kreatif

Transform Anak Aktif kepada Anak Kreatif

Hari ni saya susah hati bila lepas raya lalu, saya perasan anak semakin kerap dimarahi.
Bermakna saya tidak gemar dengan tingkah lakunya. Bila kita selalu memarahi anak kita akan rasa sedih. Rasa bersalah. Sebabnya, anak ini anak kecil semestinya dia tidak tahu seperti kita.
 
My Problem and I find the Solution. Lets Do it Mom.
Bila dikaji semula, dan dibandingkan... Anak saya ini bukanlah jenis yang nakal. Dia seorang yang aktif. Apa kah dia dibuatnya yang saya katakan salah (sebelum saya sedar ianya salah), antaranya:
 
Situasi 1
Bermain di kawasan yang disuka dan sepahkan kawasan tersebut. Cthnya ruang tamu, Bilik tidur. Dia boleh sepahkan seluruh rumah, sebab rumah saya Semi D saja. Hahahaha.
Apa yang dia main adalah segalanya penuh imaginasi. Main bina rumah dengan bantal dan selimut, main masak-masak dengan peralatan dapur saya (habis semua periuk dalam cabinet dan apa-apa yang boleh dicapainya.)Main tulis-tulis, main semua barang saya. Dia pandai, peralatan elektrik dan yang bahaya tidak dimainnya.
Kalau dibilik nya, dia akan sepahkan semua mainan yang ada.
Akhirnya, saya akan naik hantu bila rumah bersepah. (I need to calm down more, How? rumah bersepah... I can not be in...waaaa)
 
Saya suka gunakan psikology untuk handle this problem. Sebab saya tak suka marah anak. Bila marah anak saya akan rasa berdosa. But sometimes...
 
Saya punyai kelemahan iaitu kerja yang penuh stress. Jadi, rumah itu adalah tempat untuk saya berehat dan make my mind calm. Dan satu lagi saya bercita-cita bila balik rumah I need to rest first then do the house work.
 
Masalahnya berlaku bila, I have to clean up first with the tired mind. (oh tidak.... bukan salah dia kan? ... i Need the genius solution for me and my love).
either This will make me become a dinosaur!
 
I talk to my friends, and they said its normal. Memang budak suka macam itu.
Hmm.... (in my mind, bila anak dididik dengan ketertiban, kekemasan, anak itu akan menjadi orang yang kemas. that's make I am not feel that my problems have to be accepted as a normal situation.)
 
And last night I read the article on My FB about 10 Kesalahan ibu bapa dalam mendidik anak.
Salah satunya...memarahi anak dengan tidak wajar sedangkan ianya kali pertama. (Gulp!!!, I should felt guilty Ya Allah...) hold a second... I try to find the article. Astaqfirullah I scroll down the FB wall for 5 times, also cannot find the articles. Okay, I will find it later for u all.
 
Situasi 2
Dia suka engkar nasihat saya dan buat mengikut pandangannya. Ini memang patut diasuh. Kenapa ya dia suka buat ikut pandangannya. Contohnya, tuang air dalam cawannya. Bila ibu cakap tunggu sekejap, nanti ibu tuangkan. Dia tak patuh dan terus tuangkan dan menyebabkan air tumpah. (saya tak pernah marah bila anak tumpahkan makanan, minuman...tahniah untuk diri sendiri. Alasannya, itu adalah tidak sengaja dan dia sedang makan, saya tak suka marah nanti anak moral down).
 
Oh tidak... saya sedar tentang ini dalam masalah saya. Jika makanan atau air tumpah, saya boleh let it go... kenapa sepahkan rumah saya tak boleh tahan?
...
Sebab nanti ada sedara atau orang datang, and my house macam kapal pecah. Ya...
Sebab saya tak boleh start my writing when my house semak. Otak pun semak.
Sebab bila meja makan semak, saya boleh layan sebab saya akan kemaskan segera.
dan bila terlalu banyak perkara semak... saya pun naik semak.
Sebab saya letih untuk kemas.
 
Situasi 3
Dia suka menangis. untuk dapatkan sesuatu. atau tidak dapat cari sesuatu. Lebih kurang macam mengamuk. Cepat marah rasanya.
 
Situasi 4
Cemburu dengan adik. Ini memang mencabar untuk buat dia faham. Ibu sayang dua-dua anak sama. Ini anak 1 dan ini anak no.2.
And... dia suka nak dimenangkan. Oh... not good. How...
 
Ya...that's the problems. So...
 
Sikit kan? Alhamdullilah, ini saja. Bab belajar belum lagi... dia cepat bosan dan dia yang mengajar bukan diajar.
 
 
I will try these solutions: I CAN DO IT !!!!!!
1. Jangan banyak cakap JANGAN. atau jangan batasi dengan larangan. Sebab ia akan lebih memberontak. Need a supportive and creative word.... what a?
Maybe i will try to attract her to her passion on art.
 
2. Nasihat yang postif kepada anak. (this always happen, when i become dinousour...i will always says "anak yang baikkkkk.....and what i want to say)
 
3. Menasihati anak dengan tenang. (Oh... i will try to delete the dinosaur character in my soul)
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Sunday

My Kid

tersenyum Senyum...
Dengar Ya Hanana teringat kat Mek Aisyah tu... Hari-hari ya hanana...
pelat pun pelat lah... macam semalam, dengar dia dok sebut
hedi beday ...hedi beday...tooo you... ooooo heppi birthday to you... hahaha
------------syok layan akai budak-budak-----------
ada satu hari saya tanya aisyah, saja test dia nak jawab apa.

Ibu : Kakak tu kawan kakak ya?
Anak : Mana...?
Ibu : Itu yang bye bye kat kakak tu...(budak lelaki taska dia lah)
Anak : Ish...bukan....itu lelaki. Bukan kawan kakak....
Ibu : Aik, tu dia bye bye lagi... tu...(dia nampak apa yang saya tunjuk, sambil tersenyum malu...)
Anak : Bukan....kakak tak kawan dengan dia.
Ibu : ooooo, dia suka kakak ke?
Anak : diam.... mana ada...
Ibu : hahahahahaha mama lawak saja.... bagus kakak fikir macam tu. Kakak kecil lagi. Nanti ikut cakap mama.
Anak : senyum....

But, im wondering... oooo my kid dah tahu pilih kawan.
apa yang i tak tahu tentang perkembangan minda dia?
Search....