KENAPA JERAWAT TUMBUH DI ...DAHI, DAGU, HIDUNG atau PIPI?
Jerawat di bahagian Dagu
Jerawat dibahagian dagu pula,disebabkan masalah buah
pinggang atau sistem endokrin (rembesan dalaman) lemah. Kaum wanita mudah
mendapat jerawat di sekitar dagu yang berpunca daripada haid yang tidak teratur
dan sistem peranakan yang bermasalah.
Jerawat di bahagian dahi
Jerawat dibahagian dahi adalah disebabkan faktor haba badan
melampau, peredaran darah tidak dapat berjalan dengan baik dan menyebabkan
minda dan badan menjadi stress, mereka ini kebiasaannya adalah panas baran.Bagi
mencegah jerawat timbul dibahagian ini tabiat tidur awal dan bangun awal serta
meminum air yang banyak perlulah diamalkan .
Jerawat di bahagian hidung
Hidung yang di tumbuhi jerawat di batang hidung bermaksud
tulang belakang mengalami masalah yang disebabkan haba dibahagian perut tinggi
dan sistem penghadaman tidak normal, manakala di hujung hidung pula adalah
disebabkan oleh ovari atau sistem reproduksi.
Jerawat di bahagian pipi kiri
Tumbuhnya jerawat di pipi kiri adalah kerana hati tidak
berfungsi dengan lancar kerana berlakunya masalah rembesan, menyahtoksin dan
penghasilan manakala pipi kanan pula adalah kerana paru-paru mengalami masalah
tidak normal.
Jerawat di bahagian belakang badan dan depan
Badan belakang dan depan yang ditumbuhi jerawat adalah
kerana sistem perkumuhan yang mengalami masalah seperti sembelit. Amalkan
pemakanan yang sihat dan mengikuti piramid pemakanan bagi memastikan toksin
tersingkir dengan lebih baik.
saya sedih sebab saya tua2 ni jerawat menjadi di muka saya. tension niiii
ReplyDeletesalah makan kot....sabar... kalau tensen stress lagi naik jerawat.
Delete