Wednesday

Mekah Episod

Okay...post ini saya telah draft pada 25/11/2012. 3 hari selepas saya kembali ke Malaysia.
Ini hanya didikan diri saya sendiri. Cara saya mendidik diri. Kerana kekurangan yang saya miliki.

Pertama sekali, saya nak ucapkan alhamdullilah kepada tuhan yang memilih saya sebagai tetamuNya. Saya tak sangka saya mampu ke Mekah pada usia muda tanpa bantuan kewangan dari sesiapa pun. Hanya dari Allah. Hanya keyakinan yang letakkan sepenuhnya kepada Allah. Hasil didikan en suami tercinta.

Ini feel yang dirasakan... mampukah saya menjadi hamba yang terbaik untuk musin haji kali ini. " Yang memunaikan haji ramai... tapi hanya 7 orang saja yang diterima."
Ya Allah... sangat takut... sangat risau.
Saya didik diri. Jika takut, jika masih kurang...baikilah diri.
Saya usaha mencari kefahaman tauhid. Saya buang semua rasa dunia dalam jiwa. Saya buang semua kejaran dunia dalam hidup. Untuk menikmati rasa yang ada hanya tuhan.
SUSAHNYA!

Berlatih dan terus berlatih. Kenapa SUSAH? kerana saya perlu berlawan dengan nafsu sendiri. Saya seorang yang berkerjaya. Saya seorang yang suka kecantikan. Saya seorang yang suka kecemerlangan. Saya seorang yang suka perfectionist. Saya seorang yang tekun bila bekerja. Ada lagi...
JADI APA MASALAHNYA... ? Saya terfikir.Adakah saya yang menjadikan ianya BERJAYA?
Adakah saya yang jadikan ianya CANTIK. Adakah saya yang menjadikannya CEMERLANG? SEMUANYA BUKAN!

Saya salah. Saya Silap. Saya tidak meletakkan semuanya Allah. Semuanya Kuasa Allah dengan sepenuhnya.

Maksudnya. Saya wajib meletakkan semua hanya kuasa Allah di setiap ketika dan masa. Untuk mencapai matlamat rahmat Allah.

------------------

Setelah bertahun berusaha, akhirnya menampakkan jalan. Saya semakin faham. Saya tahu apa yang perlu untuk jiwa. Saya dapat rasakan kuasa Allah. Alhamdullilah. Benar! saya rasa. Tetapi ianya bukan hadir dengan akal pemikiran. Ia perlu ada ilmu. Menuntutlah ilmu. Carilah ilmu.

------------------

Tiba masa untuk saya ke Mekah, surat panggilan en suami dah diterima. Saya kecewa... kerana surat saya belum dapat. Pada masa ini, saya terfikir apakah aku tidak dijemput? Ya Allah.... apa yang aku masih salah...
Saya kembali bertaubat. Dan buang semua yang negatif.

Seminggu selepas itu, Tabung Haji call suami dan alhamdullilah... saya dapat buat haji tahu ini pada 16/9/2012. Berdebar jantung ni... ya allah...( setiap kali ingat, sayu hati ini... ya Allah Allah terima juga aku ini ke sana).

Sejak dari hari itu, saya sibuk buat persiapan... masalahnya...tidak ada apa pun saya nak beli. Hairan... Kenduri dibuat 2 kali sebabnya yang pertama tu disponsor oleh sahabat-sahabat en suami di kampung. Kami kalau boleh nak panggil sahabat, adik beradik saudara mara jauh untuk himpun bersama. Alhamdullilah...semuanya selesai.

Saya semakin berdebar. Masa semakin hampir.

------------------

4/10/2012 penerbangan kami yang baru. Kami telah dimaklumkan penerbangan pertama dibatalkan. Alhamdullilah... macam mana pun kami terima.
Dari Bayan Lepas ke Jeddah. Kami berlepas... (kisah kapal terbang bocor saya biarkan dulu.) Penerbangan bermula 5/10/2012. Kami terbang jam 10pagi tiba di Jeddah Asar.
Sampai saja disana, kami terus uruskan segalanya untuk masuk ke Mekah.
pengajaran bagi saya, untuk masuk ke Mekah:
1- Perempuan seorang diri adalah dilarang. Mestilah bersama MUHRIM.
( ada yang tersangkut lama kat entrance airport sebab di BORDER PASS tu tiada perktaan yang menunjukkan datang bersama muhrim. Tak ingatlah saya ...apa yang tulis kena buka border pass baru ingat.)

Kemudian lalu ke tempat untuk check in no. bas. Di kad yang tabung haji sediakan tu dah siap semuanya, no. bilik, no.bas dan no. akaun tabnug haji untuk keluarkan duit di sana.

Saya dan suami memang pendiam. Diamkan diri kerana tidak mahu untuk menyinggung mana-mana hati dan elak dari cakap kosong.

Memang wajah saya nampak muda. Terdengar juga dalam sibuk-sibuk tu terdengar kata-kata orang. hmmm pada saya tua atau muda bukan ukuran ke Mekah. Semua Kuasa Allah. Mohonlah dari Allah. Bukan kerja Tabung Haji untuk tetapkannya.
Allah yang melakukan. Banyak pengajaran yang saya timba sepanjang 44hari di sana.

Bukan sesuatu yang mudah. Dengan Jiwa yang muda.

Menitik air mata apabila saya terdengar jemaah Malaysia bercakap. Saya terasa hati apabila jemaah-jemaah senior menyibuk soal siasat gaji saya, pendapatan saya. Ya Allah kenapa sibuk sangat ni. Serius saya tidak suka situasi ini.
Kawan saya juga ke sana beza umur kami 3 tahun macam tu. Panggillan kakak sesuai untuknya.
Apa pun situasi yang berlaku. Saya hanya melihat. Jika perlu bantuan saya bantu. Untuk bersembang lain, minta maaf saya tidak gemar.
Dan tidak pedulikan. Bimbang hati kotor.
-------------------------------------
Rutin harian kami adalah ke Masjidil Haram. Berjemaah bersama. Merasai Menghayati Perjuangan Nabi Muhammad SAW sepanjang di Mekah.

Di Masjidil Haram...Tanah Haram. Jangan lupa pantang larangnya. Kami mengerjakan Haji Tamatuq. Malam itu juga kami terus ke Baitullah untuk tawaf, saie dan bergunting.

Maka tertanggallah ihram umrah.
-----------------------------------------
Alhamdullilah... bila buat Haji Tamatuq kami ada masa untuk umrah sunat. Alhamdullilah... Masjid Tanaem dalam ingatan.
-------------------------------------------
Hari berhari masa akan berlalu, saya risau dan bimbang jika ianya terasa cepat.
Saya mohon pada Allah Ya Allah berilah hamba kenikmatan waktu. Alhamdullilah...MAsa yang berlalu saya menghayati dan puas.
-----------------------------------------
Jemaah semakin ramai saban hari semakin bertambah. Seminggu lagi tiba hari WUKUF. Kaabah semakin ketat.

Jemaah Malaysia digalakkan menjaga kesihatan untuk hari WUKUF nanti. Saya berdebar menanti hari WUKUF. kerana Kemuncak Haji adalah WUKUF di ARAFAH.
-------------------------------------------- Bersambung nanti ....
 

No comments:

Post a Comment