Thursday

adakah anda judgemental atau Empati?

Penulisan tentang judgemental person.

Ramai sebenarnya mempunyai gaya pemikiran sebegini. Suka menghukum sesorang, sesuatu tindakan mengikut fahaman sendiri. Lama-kelamaan, sikap ini akan mendidik anda untuk negative minded.

Selalunya, kita sering jumpa pemikiran ini dalam mesyuarat, discussion dan bengkel.
Bila sesorang mengutarakan nasihat, cadangan berbentuk nasihat... kita menerimanya secara negatif. 
Soalan kembali diri kita, kenapa harus negatif?



Bagus ke tak gaya pemikiran ini?

Ia tidak membantu anda sebenarnya, dengan cara pemikiran sebegini, anda meletakkan halangan dalam perhubungan dan kemahiran komunikasi. Komunikasi adalah peranan besar untuk anda menyerap ilmu dan pengalaman sebenarnya.

Dan ramai yang tidak mampu mengawal pemikiran ini. Kerana pemikiran ini seronok dan megah. 

Apakah cara untuk mengelak gaya pemikiran ini?

Salah satunya, latih minda anda untuk berfikir secara positif. Husnu Zhon atau bersangka baik. 
kerana bersangka baik akan memberikan kita pemikiran yang bagus. Bertambah ilmu dan pengalaman kita.



No comments:

Post a Comment