Saturday

Akhir Jun 2013

Assalamualaikum , Hi
Last post saya pada 7 June. Rindu ler nak menulis blog. Lebih selesa menulis blog dari FB.
Pertama, Dekat sini, saya boleh tulis apa yang saya suka. Readers nak baca, ikut suka... kalau tak mau baca pun ikut suka...kan?
Saya suka membaca dan menulis. Apa yang saya dengar dan lihat. Dan kadang-kadang pengalaman. Bagus juga saya menulis supaya saya ingat. Lama-lama, nanti saya lupa.
Kedua, orang tak kenal siapa saya di sini. So, lebih selesa..... link ni pun bukannya fames. Sekadar menulis blog yang biasa-biasa ni. Tentang perkara yang biasa-biasa ni. Apalah sangat...tapi saya enjoy.

Sepanjang bulan Jun ni memang totally exhausted. Start 28 Mei hingga 16 Jun Ya Allah.... mental fizikal diuji.
Apa pun inilah cabaran kerja ku. Itu satu jenis jawatan. Bukan gelaran...tolong faham. Hahahaha
Sebab apa saya cakap macam ni, nak tahu tak? Sebab saya tak selesa, tak suka dan tak best dilayan high standard. Eeeeuuuu....tak selesa. Saya orang biasa yang bermula dari zero. Jiwa masih macam dulu.

Malam ni saya tak boleh tidor. So, banyaklah yang akan ditulis. Kebetulan minggu kebelakang ni banyak event dan kejutan yang berlaku. Mana nak start ni....?
Pendaftaran pelajar baru? Alhamdullilah... seperti yang dijangkakan. Bilangan terkini 1637. Wow! Hit tertinggi sepanjang zaman setakat ini untuk organisasi ini. Tahniah.
Tak payah lah cerita banyak, tak minat nak cerita. Hahaha sorry.

Ramai waris yang walk in ke jabatan kami untuk rayuan. Ini tak lah rasa apa-apa sangat, pihak kami boleh cakap rayuan semua secara online. Bagi yang tak tahu cara nak online, kami boleh cuba bantu tunjukkan. Tapi ada yang walk in dan tanya back door untuk masuk ada tak?
Astaqfirullah.... memang benda ni boleh buat, tapi kami ada intergriti. Amanah. Tak sanggup nak makan duit haram. Tak ada back door. Dan tak pernah ada. Apa punya soalan dan statement.
Cukup 6 kredit, BM BI melepasi lulus... anda layaklah ke IPTA kami. Eeeee bila nak maju macam ni. Semua nak senang dan disuap saja.
Ada banyak kes, macam-macamlah persoalan dan ungkitan...walaubagaimana pun... itu semua sebab tidak faham. Dan selepas penjelasan.... barulah faham.

Selesai pendaftaran, datang pula keputusan rayuan. Seminggu lepas layan boleh tahan...sesak. Kami memang penat, tetapi kami layan anda sebaik mungkin. Alhamdullilah, semua terkawal.

Berat badan? Waaaaaa..... kembali susut. Mana tak susut, Pukul 1 pun orang datang tanya. Itu belum jumaat sabtu yang call. Atas dasar kesian dia, berharap ada orang boleh bantu....hahahaha kalau yang berbudi memang saya respek. Tapi kalau yang out... rasa macam nak letak fon dahlah ganggu masa saya.
Itulah kenyataan diri manusia.
Berat badan ni dah menurun.... kena cover balik.... makan...makan....makan lebih banyak...please sayangku.

Kulit Muka? Alhamdullilah dah hilang jerawat. Cuma bekas-bekas jerawat masih ada. Ada juga lubang-lubang. Waaaaa tak pe lah better than before. Sedih jangan cakap. Sampai la aku tak lupa apa yang dia cakap pasai muka ni. Tak pa...tuhan balas nanti.

Kesihatan? Ini aku risau sikit... sebab aku mula rasa sakit menyucuk kadang-kadang di jantung. Risau betui.
Tapi aku dah buat medical check, blood test. Alhamdullilah....masih sihat cuma kurang makan.
Minggu lepas aku mula pening memusing. Tak cakap kat sapa pun cuma pelik sendiri. Tak pernah jadi. Semoga aku sihat... kesian anak-anak ku.

Berita gembira? Ya ada...2.
Yang pertama, alhamdullilah aku dapat temuduga ke tawaran temuduga Master.
Kedua, aku menjadi penyampai cenderamata kepada Datuk Seri Diraja Tan Sri Tunku Puteri Intan Shafinaz.
Nerves ... iyelah tak biasa. Nak represent untuk kerabat Diraja Berdaulat. Menjunjung Kasih Tunku Puteri. Malam tu mimpi indah aku... hehehe. Dapat salam dia. Bergambar lagi. Hahaha Basyar jeles kami semua dapat gambar. Tulah dilema kerja sebagai jurufoto, kan?

Hope kehadapan ada lagi kejutan gembira untukku. Kerana ada yang suka sengaja menyakitkan hati ku.
Ini diklasifikasikan tindakan tidak bijak. Apalah....tak de kerja kah?

Bilalah aku nak balik mengajar ni? Kena naik pangkat dulu ler... tapi okaylah, sekarang ni aku boleh lepaskan gian mengajar dengan permintaan orang. Suruh aku buka tuisyen Math and Science. Dah start kelas pun...alhamdulillah.

Oh, boleh dikira berita gembira juga kan?


Semoga diri penulis terus sukses....
Sekian terima kasih.
Selamat malam, mata dah mula nak tidor... okaylah tu...

No comments:

Post a Comment